berita

Mula Dengan Kahak Berdarah, Wanita Kongsi Pengalaman ‘Derita’ Ditanggung Suami Kerana Vape

December 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seperti yang kita lihat pada hari ini, ramai yang memilih untuk menghisap vape kononnya sebagai alternatif untuk berhenti daripada menghisap rokok. Namun tanpa disedari, ia sebenarnya turut memberikan kesan buruk terhadap pengguna lebih-lebih lagi beberapa laporan kematian turut pernah dicatatkan di beberapa buah negara sebelum ini.

Perkongsian yang dibuat pengguna Facebook Key Arina ini mungkin boleh dijadikan pengajaran apabila perkara yang tidak diingini telah berlaku kepada suaminya dipercayai kerana vape.

Kahak berdarah

Dikongsikan cerita ini dengan izin my husband, 2 minggu kahak berdarah on off akhirnya dapat jawapan.

22 Oktober 2019

Yang, berserta gambar. Ya Allah darah. Hati ni tak tenang dah duduk office terus minta balik, husband kahak berdarah. Bawa motor laju teramat tak ingat dunia dah sebab risau.

Balik tengok dia okay tak ada apa just kahak berdarah terus pergi bahagian kecemasan, X-ray memang tak berapa cantik ada kabus-kabus di bahagian paru-paru, test kahak doktor ambil resultnya negative. Balik dibekalkan dengan ubat batuk and berhenti darah sahaja. Hati ni tetap tak puas hati dengan result yang diberi doktor, macam ada something wrong at it will be worst.

Paru-paru bocor

25 Oktober 2019

Husband bagitahu sakit dada tu makin kerap, tak fikir banyak terus ajak jom kita pegi hospital double check lagi , kalau boleh husband tak nak pegi sebab 3 hari sebelum ni pun dah pegi tapi result still sama .

Sampai kecemasan hospital xxx, terus buat X-ray sekali lagi, then doctor yang ambil kes ni direct call pakar sebab kami bagitahu dia dah berulang check tapi still negative and sakit dada makin teruk. Kalau boleh kali ni nak admit wad.

Dapat call pakar, pakar suruh buat sekali lagi X-ray and based on the X-ray doktor nampak paru-paru dah mula bocor sebab tu sakit dada tu makin kuat. Terus admit wad keesokan harinya buat ct scan & fbc blood test.

Menangis dengar result doktor

26 October 2019

After buat ct scan, doktor bagitahu based on the result 90% tibi 10% kanser. Ya Allah sekali lagi menangis dengar result, hati ni tak tahu nak kata apa dah tak tenang dibuatnya. Doktor start on ubat tibi warded seminggu dipantau dalam isolation room. Tak boleh dilawat oleh orang luar, family terdekat pun nak masuk kena pakai mask n95.

Sepanjang diwarded Nana ikhtiar segala macam macam untuk husband kembali sihat, alhamdulillah berkat doa mak ayah mama opah dan semua yang mendoakan husband dibenarkan discharge 30/10/2019 and continue tca di hospital xxx. Alhamdulillah.

Kenapa resultnya tibi? This is the explanation dari doktor pakar yang merawat husband. Have 2 possibility;

Dalam badan manusia memang ada sel tibi cumanya tak aktif. Bila kuman tibi tu akan aktif? Apabila kita dikelilingi atau didekati oleh pesakit tibi (+ve) . Kita mudah untuk dijangkiti tibi. One more is apabila paru-paru kita lembab ia akan aktifkan kuman tibi tu malah ia akan menjadi teruk boleh menyebabkan paru-paru kita bocor sebab kuman tu aktif.

Bagaimana terjadi paru-paru lembab?

Penghisap vape sekalian, asap yang kamu semua seburkan itu berbentuk wap air yang berperisa. Banyak flavors betul? Sedap sungguh kan. Tapi risikonya asap yang disebur itu akan menjadi wap air bila kita terhidu ia akan menyebabkan paru-paru kita lembab. Sebab itu la kuman tibi akan diaktif, sebab paru-paru kita lembab. Seumpama experiment sains darjah 6 dulu, ambil tisu basahkan untuk tanam kacang hijau? Kacang hijau tu membesar tak? Besarkan. Beringatlah.

Bila paru-paru kita lembab, kita mudah diserang macam-macam penyakit, termasuklah ia akan menyebabkan kebocoran sedikit demi sedikit di paru-paru kita.

Kepada perokok and yang sedap sedut hisap vape tu berhenti la sebelum ia jadi lagi teruk.

Sumber: Facebook Key Arina

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×