Menerusi laman Instagram milik pelakon jelita Rita Rudaini, dia meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku ke atas pasukan bola sepak negeri Perlis. Dia sangat malu apabila kelab bola sepak kelahirannya dilanda masalah.
Isu pasukan Perlis FA bukan satu yang baru, malah menurut Berita Harian, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah membatalkan penyertaan pasukan dari utara itu dari menyertai Liga Malaysia kerana pasukan itu tidak memiliki jaminan kukuh dari segi kewangan.
Jangan buat naya pada pemain
https://www.instagram.com/p/BuGB_brh91M/
Hampir bekerjasama antara satu sama lain
Katanya, dia pernah dihubungi pasukan Perlis FA untuk mengaturkan pertemuan antara kelab bola sepak itu dengan kelab miliknya RR Cougars FC. Apabila dia menyiasat latar belakang pasukan itu, dia terpaksa menolak tawaran yang ditawarkan kerana dia tidak memandang wang ringgit semata.
Rita sungguh kecewa dan berasa simpati kepada pemain pasukan Perlis kerana ianya merupakan sumber pencarian hidup bagi setiap pemain Perlis.
Sudah memberi bantuan secukupnya
Menurut Berita Harian, Perlis sudah menerima bantuan dari MFL untuk mengatasi masalah kewangan bagi mengelak daripada berlaku sesuatu yang lebih buruk kepada pemain dan Liga Malaysia. Walaubagaimanapun, selepas dokumen kewangan yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) diteliti dan mendapati sumber kewangan pasukan Perlis tidak mencukupi.
Sumber: Rita Rudaini, Berita Harian