berita

‘Mula-Mula Paksa Minum..’ – Sanggup Simbah Mak Saudara Asid Sebab Tak Nak Bayar Hutang

February 8th, 2019 | by faris
Kini Trending

Hanya kerana wang, manusia boleh bertindak di luar batas kemanusiaan. Talian persaudaraan pun boleh terputus atau pergaduhan tercetus disebabkan simbol kemewahan dunia ini.

Seorang wanita dan rakannya menjadi mangsa anak saudara sendiri sehingga menyebabkan kecederaan parah akibat hutang.

Mengaku tak bersalah

Suspek yang bekerja sebagai penggubah bunga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua wanita termasuk ibu saudaranya menggunakan asid sehingga melecur di muka dan badan.

Mengikut pertuduhan, suspek, Shafiqah Izzati Badrul Hisham didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap ibu Rafzaliza Rafli, dan rakannya, Nadia Mohd, Khalid, menggunakan asid menyebabkan mangsa mengalami lecur yang teruk di bahagian muka dan badan.

Rakan mangsa, pengguna Twitter @owtothezie menceritakan bagaimana insiden itu berlaku.

Didakwa curi kad ATM

Paksa minum, terus simbah

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Kencana Fasa 2, Pandan Perdana pada 3.30 petang, 29 Jan lepas, suspek memaksa mangsa meminum asid sebelum menyimbah cecair berkenaan dan mengakibatkan kecederaan parah.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana tertuduh mempunyai hubungan keluarga dengan Rafzaliza dan atas faktor keselamatan.

Sumber: Malaysiakini, OwToTheZie

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×