berita

Mula-Mula Tak Mengaku, Pemilik Wristband Di Lantai KLIA Dikesan

July 23rd, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tindakan tidak bertanggungjawab individu keluar ke tempat awam sewaktu perintah kuarantin benar-benar menimbulkan kekecewaan ramai. Mereka tanpa rasa bersalah dilihat menikmati hidangan di restoran sedangkan masih memakai wristband Covid-19.

Artikel berkaitan : Makcik ‘Gelang Pink’ Disahkan Positif Covid-19

Terbaru, Harian Metro melaporkan pemilik wristband merah jambu yang dijumpai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah dikenal pasti.

Beri maklumat tak tepat

Sekadar gambar hiasan

Menurut Pegawai Kesihatan di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau (PKKT), Dr G Navindran, pihaknya sudah mengenal pasti identiti individu tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PKKT turut mengesahkan individu itu baru pulang dari luar negara dan menanggalkan gelang tangan perintah kuarantin Covid-19.

Katanya lagi, seorang lelaki dalam lingkungan 30 tahun sudah tampil memberi keterangan di pejabat pada 21 Julai lalu. Lelaki terbabit didapati memberi maklumat tidak tepat selain deklarasi kesihatan yang mengelirukan semasa tiba di (KLIA). Dia kemudian meneruskan perjalanan ke Tawau.

Mula-mula tak mengaku

Sekadar gambar hiasan

Ketika disoal siasat, individu itu pada awalnya mendakwa tidak pernah ke luar negara sebelum ini.

Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku baru pulang dari luar negara dan menanggalkan gelang tangan semasa tiba di KLIA.

Kini, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×