berita

Mula Popular Kerana Love You Mr. Arrogant, Azlee Khairi Nafi Berlagak Sombong

March 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Azlee Khairi

Sejak berakhirnya drama popular Love You Mr. Arrogant, nama Azlee Khairi kini boleh dikatakan berada di puncak kegemilangan apabila dia menjadi pilihan ramai penerbit dan pengarah.

Namun, sedang namanya rancak meniti populariti, timbul pula desas-desus mengatakan jejaka ini mula ‘besar kepala’ dan sombong dengan media.

Bagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian semalam, Azlee menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia tidak pernah mewujudkan jurang dengan rakan media.

AzleeAzlee dan Zara bersama pengarah LYMA

Menurut Azlee, dia sedar ada ura-ura mengatakan dia mengelak serta tidak dapat memenuhi beberapa undangan fotografi, tetapi dia menjelaskan dirinya sibuk kerana terikat dengan jadual penggambaran.

“Dalam hal ini, saya tak mahu menyalahkan sesiapa. Mungkin ada wartawan yang tidak tahu dan meletakkan apa saja yang mereka rasa.

Bukan saya mengelak. Bayangkan, kalau sibuk di lokasi penggambaran, memang susah untuk saya curi masa untuk hadir ke sesi fotografi.”

Azlee berkata, dia faham akan tugas rakan media, namun kadangkala undangan yang diterima jauh daripada lokasi penggambaran yang sedang dibuat.

“Saya tidak mhu mengambil risiko dan mengganggu jadual penggambaran. Saya pernah kerja sebagai kru dan tahu seksanya menunggu pelakon.

Jadi, saya terpaksa menolak permintaan wartawan untuk fotografi. Kalau saya menjalani penggambaran di Selangor dan lokasi fotografi di Kuala Lumpur, saya perlu redah kesesakan lalu lintas berjam-jam.”

Walaubagaimanapun, Azlee bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus menimba pengalaman dalam bidang lakonan selain berhasrat untuk menjadi pengarah satu hari nanti.

SKIP THIS AD ×