berita

Mulai Tahun Depan, Air Percuma Di Selangor Hanya Untuk Golongan Berpendapatan Bawah RM4000

September 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Umum sedia maklum bahawa kerajaan negeri Selangor bakal menawarkan Skim Pemberian Air Percuma kepada beberapa penduduk yang layak menerima. Menerusi Sinar harian, syarat untuk menerima skim air percuma, penduduk yang layak haruslah berpendapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah.

Meringankan beban rakyat

Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah meluluskan penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma pada 23 November yang lalu. Hal ini bagi meringankan beban kumpulan yang memerlukan.

Tambahnya lagi, keputusan itu diambil di atas faktor peningkatan jumlah penduduk yang memberi kesan besar kepada jumlah kewangan dibelanjakan bagi menampung subsidi bantuan tersebut.

Selepas penjajaran semula, bantuan hanya disasarkan kepada golongan memerlukan di samping menjamin perbelanjaan subsidi bersasar yang tepat. Penjajaran ini perlu bagi menjana pembangunan dan kedudukan kewangan yang mampan.

Bagi memastikan program ini menepati objektif perlaksanaannya dan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri ke arah perbelanjaan yang berkualiti, penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma akan dikuatkuasakan bermula 1 Mac depan.

Perlu dapat pengesahan

Selain itu, permohonan perlu mendapat pengesahan daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC). Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar melalui emel kepada [email protected] atau diserahkan di mana-mana Kaunter Perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

Setiap pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun air atau premis. Pengguna yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman web Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) www.ssipr.selangor.gov.my atau mengisi borang permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan yang boleh dimuat turun menerusi laman sesawang www.airselangor.com.

Keputusan selewatnya Februari tahun depan

Menerusi Harian Metro, proses semakan pula hanya akan bermula selepas tarikh tutup permohonan dan pemohon akan dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka selewat-lewatnya pada penghujung Februari tahun depan.

Sehingga tarikh tersebut, semua pemegang akaun berjumlah 1.6 juta yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu akan terus menikmati rebat 20 meter padu sehingga 29 Februari depan.

Air Selangor akan bekerjasama dengan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pejabat daerah, penghulu, ketua kampung, JMB dan persatuan penduduk, bagi memberikan penerangan berhubung pelaksanaan Program Skim Air Darul Ehsan ini.

Sumber: Harian MetroSinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×