Sudah menjadi kelaziman, tiba saja musim cuti sekolah, ibu bapa akan membawa anak-anak bercuti dan meluangkan masa berkualiti bersama. Sudah tentu seisi keluarga memilih untuk menginap di hotel atau resort untuk menikmati percutian yang selesa sambil mengalami sendiri keindahan destinasi dipilih.
Namun, malang tidak berbau. Bila-bila sahaja boleh menimpa kita tanpa diduga. Percutian Mell Amelia dan keluarga ke Port Dickson, Negeri Sembilan yang dilanda detik cemas apabila adiknya lemas dalam kolam mandi hotel penginapan mereka patut menjadi pengajaran kepada semua.
Mata Ayuni dah naik ke atas, kuku, mulut biru
Muntah lepas CPR ketiga
Wajib tahu ilmu CPR untuk hadapi saat genting
Tips elak lemas, kolam yang cetek pun boleh buat lemas!
Mell Amelia mengatakan dalam status Facebooknya itu, Ayuni kini sudah sedarkan diri namun dalam pengawasan doktor memandangkan paru-parunya terisi air.
Sumber: Mell Amelia