Pengarah sensasi, Syamsul Yusof memberi bayangan akan ada berita baik yang merujuk kepada kemelut rumah tangga dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul & Puteri Sarah Kemungkinan Cerai Hari Ini
Artikel Berkaitan: ‘Tuhan Je Tahu Luluh Hati Ini’ – Puteri Sarah Susah Hati, Anak Perempuan Dijangkiti Covid-19 Kali Kedua
Jumpa jalan penyelesaian
Menurut Syamsul, 39, dia dan Puteri Sarah sudah cuba mencari kata putus agar kemelut dapat diselesaikan dengan aman pada minggu lalu.
Jelas pemilik nama lengkap Mohd Syamsul Mohd Yusof, keutamaan buat mereka berdua adalah anak-anaknya, Syaikul dan Sumayyah.
Percubaan untuk selesaikan secara baik itu sudah berlangsung dari minggu lepas.
Insya-allah ada jalan penyelesaian yang baik. Tapi saya rasa mungkin ada berita yang baik.
Tak perlu suspens sebab dah berapa lama dah (kemelut rumah tangga). Saya dan Sarah.. kami fikirkan sesuatu iaitu tentang anak-anak sahaja.
Saya tahu insya-Allah hari ini mungkin selesai. Harapan baik-baik sahaja. Harap semua selesai.
Dalam pada itu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata dia agak keletihan kerana sedang sibuk dengan penggambaran filem Original Gangster.
Penat kerja sebab masih menjalani penggambaran Original Gangster.
Terdahulu, tular mengenai dakwaan Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.
Menurut laporan, terdapat sumber yang mengatakan kedua-dua lafaz talak pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Mengimbau semula, pada 18 April lalu, Syamsul dan Puteri Sarah gagal menemui kata sepakat sekaligus proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tertangguh.
Antara sebab Syamsul menolak untuk melafaz cerai ialah keengganan Puteri Sarah menarik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga lain.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Video
@ohbulanofficial Kereta ok tak tu? ? Syamsul Yusof juga tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi ini #ohbulan #news #fyp #SyamsulYusof ? original sound – OHBULAN!