berita

Mungkin Boleh Balik Kampung Beraya Jika Kes Semakin Menurun – Ismail Sabri

March 5th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Pinterest

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya trend penurunan kes harian Covid-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dan rakyat boleh pulang beraya di kampung tahun ini.

Artikel berkaitan: Selangor Akhirnya Dah Tak PKP, Rentas Daerah Dibenarkan Di Seluruh Malaysia Kecuali Sabah

Artikel berkaitan: Netizen Keliru Kebenaran Pergerakan 10 Kilometer, Minta Kerajaan Kaji SOP Rentas Daerah

Artikel berkaitan: Denda RM10 Ribu Jika Ingkar SOP Covid-19 Bermula 11 Mac

Berkemungkinan boleh beraya di kampung tahun ini

Foto: The Sun Daily

Disebakan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, rakyat telah diarahkan untuk tidak keluar rumah jika tiada keperluan. Termasuklah balik beraya untuk mengelakkan penukaran wabak tersebut.

Pada tahun lepas, KKM telah menasihati semua orang supaya tidak balik ke kampung untuk menyambut hari raya. Ianya sudah menjadi rutin untuk semua orang pulang ke kampung ketika raya. Namun disebabkan kebenaran rentas negeri masih tidak dibenarkan, jadi terpaksa la semua orang tidak pulang ke kampung.

Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan, Majlis Keselamatan Negara menyatakan bahawa sekiranya trend penurunan kes harian Covid-19 berterusan, rakyat berkemungkinan dibenarkan rentas negeri mengikut penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.

Beliau turut menambah bahawa kes semakin menurun dan R-Naught juga menurun sehingga 0.88 setakat ini. Jadi, KKM akan menilai mengikut keaadaan sama ada rentas negeri dibenarkan atau tidak.

Keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.

Tambah beliau, tiada lagi sekatan jalan raya di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai hari ini namun sekatan jalan raya di sempadan negeri dikekalkan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×