berita

Selangor Akhirnya Dah Tak PKP, Rentas Daerah Dibenarkan Di Seluruh Malaysia Kecuali Sabah

March 2nd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan, Majlis Keselamatan Negara, hari ini mengumumkan keputusan bahawa semua negeri PKP iaitu Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang ditukar ke PKPB.

Artikel berkaitan: 4 Buah Negeri Masih Kekal PKP Hingga 4 Mac

Artikel berkaitan: Netizen Keliru Kebenaran Pergerakan 10 Kilometer, Minta Kerajaan Kaji SOP Rentas Daerah

Rentas daerah dibenarkan

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sidang khas telah pun bersetuju untuk membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri kecuali negeri Sabah. Manakala, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Apabila PKPB dan PKPP berkuatkuasa pada 5 Mac, maka pergerakan rentas daerah di dalam negeri dibenarkan.

Menurut beliau, berhubung Sabah, kerajaan negeri sebenarnya memohon supaya sekatan daerah di negeri itu dikekalkan untuk tempoh dua minggu.

Kita faham Sabah negeri yang besar yang mana satu daerah mereka sebenarnya lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung,

Tambah Menteri Kanan itu lagi, Negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal PKPB. Manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan ditukar dari PKPB ke PKPP. Perlis kekal PKPP.

Selain itu,  operasi perniagaan di seluruh negara dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam kerana tiada lagi negeri dikenakan PKP bermula 5 Mac ini.

Sumber: MKN

SKIP THIS AD ×