berita

‘Mungkin Bukan Rezeki Kami’ – Isteri Shukri Yahaya Alami Keguguran

July 25th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Impian untuk memiliki cahaya mata lelaki tidak kesampaian bagi pelakon, Shukri Yahaya apabila isterinya Tya Adnan, mengalami keguguran sekitar April lalu. Menerusi laporan Kosmo, kandungan Tya hanya mampu bertahan selama sebulan selepas dia disahkan mengandung sekitar Mac lalu.

Mungkin tiada rezeki

Menurut Shukri, meskipun berita keguguran itu sangat mengecewakan dirinya, dia tetap reda dan menganggap kehilangan itu sebagai tiada rezeki. Tambahnya, dia dan isteri sentiasa optimis dan berusaha untuk mendapatkan zuriat selepas ini.

Isteri saya mengalami keguguran pada April lalu selepas dia mengalami sakit perut. Alhamdulillah isteri berada dalam keadaan baik dan kami akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata baharu. Saya kecewa tetapi reda kerana saya sememangnya mengimpikan kehadiran cahaya mata lelaki. Setiap hari kami berusaha untuk mendapatkan anak. Doakan kami

Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan mempunyai seorang cahaya mata iaitu Aaira Ameena, yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Kosmo