berita

Mungkin Dah Lama ‘Teringin’ Nak Lalu Dekat Lorong Motosikal…

June 30th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Tular baru-baru rakaman yang memaparkan sebuah kenderaan yang dipandu di lorong motosikal di Kilometer 34.1 Lebuhraya Persekutuan. Oleh itu, polis sedang mengesan pemilik kenderaan itu.

Satu laporan polis dibuat

Menerusi video berkenaan, kereta Honda City tersebut dilihat dengan sengaja melalui lorong motosikal. Tidak dapat dipastikan mengapa pemandu kereta tersebut menggunakan lorong motosikal memandangkan tiada sebarang kutipan tol dikenakan di Lebuhraya Persekutuan.

Menerusi kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya mengesan rakaman video kejadian itu tular di media sosial, kira-kira jam 5 petang tadi.

Perkara itu diambil maklum Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Semakan mendapati kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu adalah sebuah kereta Honda City dengan nombor pendaftaran VAG 8183.

Tambahnya, kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

Justeru, kita minta pemilik atau pemandu kenderaan terbabit serta mana-mana saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Pihak terbabit diminta tampil terus ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim ditalian 013-3752511.

Video penuh

@call_mezul #pdrmmalaysia #jpjnegeriselangor ? bunyi asal – CallMeZUL

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya  call_mezul

SKIP THIS AD ×