Ibu bapa adalah insan yang paling berharga dalam hidup setiap manusia. Kasih sayang serta pengorbanan yang dicurahkan mereka terhadap anak-anak sememangnya tidak mampu dibalas dalam apa jua cara. Sebagai ibu bapa, mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan dan hanya mahukan yang terbaik buat anak-anak meskipun jika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.
Begitu jugalah seperti perkongsian yang dibuat seorang pengguna Twitter baru-baru ini apabila dia menjumpai satu nota yang menyentuh hati ditinggalkan oleh ayahnya sebelum pergi buat selama-lamanya baru-baru ini.
Terjumpa buku nota
Menurut gadis bernama Uyaina ini, dia telah menjumpai buku nota yang ditulis oleh insan kesayangannya itu ketika hendak mengemas bilik arwah.
Pesanan dari ayah
Menerusi nota yang ditulis oleh ayahnya bertarikh 14 Januari itu, arwah menitipkan beberapa pesanan yang sangat menyentuh hati kepada dia dan ahli keluarga yang lain.
Di dalam tulisan tersebut, ayahnya sempat berpesan supaya mereka sekeluarga tidak meninggalkan solat dan sentiasa menjaga ukhwah di antara adik-beradik. Bukan itu sahaja, arwah juga turut mengingkatkan mereka adik-beradik supaya sentiasa menjaga ibu yang masih hidup dengan baik.
Apa yang lebih memilukan, di dalam nota tersebut, ayah kepada gadis ini juga turut meluahkan perasaan sayangnya terhadap anak-anak. Seakan mengetahui bahawa ia mungkin adalah pesanan terakhir darinya, arwah juga turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua anaknya yang sering membawanya berjalan-jalan dan meluangkan masa bersama.
Netizen turut sebak
Catatan yang ditinggalkan ayah gadis ini telah mengundang sebak dalam kalangan netizen. Mereka juga turut berasa terharu dan sayu dengan pesanan arwah itu.
Selain turut mengucapkan takziah, mereka juga berharap agar gadis ini tabah dalam menempuhi kehidupan mendatang.
Sumber: Twitter Uyaina_hazman