berita

‘Mungkin Rezeki Saya Di Lain Hari’ – Kiriman Mesej Terakhir Ashraf Sinclair Buat Tiara Jacquelina

February 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berita pemergian pelakon kacak, Ashraf Sinclair ternyata mengejutkan ramai pihak khususnya rakan selebriti yang pernah bekerjasama dengannya di Malaysia. Salah satunya, Puan Seri Tiara Jacquelina.

Menerusi akaun Instagram pelakon dan pengarah terkenal itu, dia mengakui terkejut sebaik sahaja mendapat tahu berita tersebut. Pada masa yang sama, Tiara meluahkan rasa sedih dan mengimbas kembali perbualan terakhirnya bersama Ashraf di aplikasi ‘WhatsApp’ bertarikh 2 Desember 2019.

Memang tiada rezeki

Woke up to such sad news today. Ashraf Sinclair passed away early this morning of a heart attack. Ashraf was one of the most well-mannered young men I’ve come across. Always so polite and humble. He was also well known for his professional work ethic. In one of our last WhatsApp messages to each other, we were even discussing him auditioning for #PGLmusical memang tak de rezeki.  Dearest Ashraf, you left this earth far too soon. We’ve lost another talented young lights of the film industry, and many who knew and loved you have now lost a dear friend. My deepest sympathies to @bclsinclair @aishahjennifer and their families. May Ashraf be smiling down on all of you from that special place in Heaven. Al-Fatihah.

Menurut Tiara, arwah Ashraf Sinclair merupakan antara pelakon yang memiliki kelakuan yang baik, sopan dan sangat merendah diri. Ashraf antara salah seorang pemuda paling baik yang dia pernah jumpa dan kenal. Malah, pelakon itu sangat terkenal dengan etika kerja yang profesional. Menerusi salah satu daripada mesej ‘WhatsApp’ terakhir mereka, Tiara memberitahu bahawa dia dan Ashraf sedang berbincang mengenai sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang Musical. Namun, Ashraf memaklumkan tidak dapat menyertai pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020) kerana jadualnya yang padat.

Hi kak, saya telah cuba beberapa kali dan dengan hati yang kesal saya ingin memaklumkan bahawa saya belum bersedia untuk menyampaikan lagu tersebut. Buat masa ini dengan rating sinetron yang semakin kukuh, berkemungkinan ia akan dilanjutkan lagi sehingga 6 ke 8 lapan bulan. Jadi saya tidak dapat sertai uji bakat PGL tahun ini. Saya benar-benar rasa berbesar hati kerana diberi peluang untuk cuba menjadi sebahagian daripada produksi. Saya harap mungkin ada rezeki saya di lain hari.

Sebaik sahaja menerima jawapan daripada Ashraf, Tiara memberitahu bahawa dia tidak menyimpan sebarang perasaan marah mahupun kecewa kerana pelakon itu tidak dapat bersamanya menjayakan teater Puteri Gunung Ledang The Musical yang bakal dipentaskan tidak lama lagi. Tambahnya, ianya bukan rezeki Ashraf.

Meninggal akibat serangan jantung

Terdahulu, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) semalam. Ashraf dan Bunga mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

Sumber: Tiara Jacquelina

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×