berita

Mungkinkah MV Angin Kencang Dari Noh Hujan Akan Lebih Cool Kalau Ada Mizz Nina?

August 6th, 2014 | by Ai
Video Popular

Noh Salleh

Sebut saja nama band Hujan, pasti teringat zaman kegemilangan lagu-lagu mereka seperti Pagi Yang Gelap, Aku Skandal, Bila Aku Sudah Tiada, dan banyak lagi.

Mana taknya, masa di Universiti dulu, satu asrama perempuan tahu lagu-lagu mereka ni, siap jadikan ringtone lagi. Hehe. Dalam banyak-banyak anggota band, yang paling menjadi kegilaan ramai dah tentulah vokalisnya.

Siapa lagi kalau bukan Noh Salleh kan? Haa, meh sini nak beritahu sikit, khabarnya, Noh sudah pun mengeluarkan muzik video lagunya yang terbaru tau!

Screen Shot 2014-08-05 at 11.48.12 PM

Kalau korang nak tahu, MV lagu berjudul ‘Angin Kencang’ ini dirakam di Jepun tau. Fuhh, kelas kau! Nampaknya Noh masih lagi menggemari budaya Jepun hinggakan sanggup ke negara itu merakamkan MV.

Pada awalnya, kami ingatkan MV berdurasi 4:00 ini akan turut menggandingkan pasangan suami isteri ini. Mana taknya, lagu inikan berkisar mengenai kerinduan seorang suami kepada isterinya yang diadapatasi dari kisah hidup Noh sendiri.

Screen Shot 2014-08-05 at 11.50.54 PM

Jadi sudah tentulah kami mengharapkan kemunculan permaisuri hati jejaka kacak ini. Malah, kami difahamkan, ketika MV ini dirakam, Mizz Nina pun ada bersama dengan suaminya.

Mungkin klip video ini akan jadi lebih cool dengan kemunculan Mizz Nina, siapa tahu kan? Bagaimanapun, MV ini tetap tak mengecewakan.

Screen Shot 2014-08-05 at 11.51.59 PM

Susun atur lagu dan suasana perkampungan di Jepun amat kreatif dan betul-betul membuat kami terpukau walaupun sinematografinya seperti filem-filem lama.

Apapun, thumbs up untuk Noh kerana berjaya menghasilkan lagu dan MV yang best gilerr! Kepada yang masih belum melihatnya, nah, kami sediakan MV ini khas untuk anda. Selamat Menonton!

SKIP THIS AD ×