berita

Murid Balik Sekolah ‘Lembik’ Tak Makan, Ibu Terkejut Dapat Tahu Cikgu ‘Ambil’ Bekal

April 5th, 2022 | by khairil
Isu & Kontroversi

Foto: Rasa.my

Usia 6 hingga ke 7 tahun merupakan fasa paling sesuai bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka berpuasa. Jika tidak dapat diteruskan hingga ke waktu berbuka, separuh hari pun sudah memadai dan haruslah bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Artikel Berkaitan: Didik Anak Berpuasa Jangan Sampai Memudaratkan, 4 Perkara Ini Ibu Bapa Kena Elakkan Menurut Doktor Izzar

Artikel Berkaitan: Puasa Terbatal Jika Berbuka Lebih Awal Sebab Kesilapan Azan Di Radio

Tidak bertenaga pulang dari sekolah

Foto: Gulapop

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang murid yang dikatakan ‘dihalang’ untuk makan pada bulan Ramadan walaupun telah disediakan bekal oleh ibunya. Memetik kisah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui laman Facebook, seorang ibu prihatin dikatakan telah membekalkan sedikit makanan dan minuman buat anaknya untuk makan sekiranya perlu. Namun begitu, murid tersebut dikatakan tidak menjamah makanan tersebut.

Hari ini ada seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik.

Malangnya, si anak ini nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, dan tak mahu lagi ke sekolah.

Difahamkan, pihak guru telah mengambil bekal yang dibawa malahan murid-murid tidak dibenarkan untuk makan. Selain akan ditegur secara terbuka sekiranya tidak berpuasa, makanan itu bakal dipulangkan semula selepas tamat sesi persekolahan.

Ada 30 hari untuk mendidik

Foto: Sis Hawa.com

Dr Kamarul juga ada memberi nasihat terbuka di mana didikan terhadap amalan mulia ini seharusnya dipupuk secara positif oleh semua pihak termasuk guru di sekolah. Andai kata menggunakan dengan cara begitu, mungkin tidak berkesan sekali gus menyemai rasa kurang senang dalam diri anak-anak.

Kita semua mahukan anak-anak membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukan dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai rasa cingta di kemudiannya.

Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan.

Kita ada sekitar 30 hari, InsyaAllah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti kita raikan kejayaan kita sama-sama.

Tambah Dr Kamarul lagi, cara terbaik untuk mengajar anak-anak melakukan ibadan ialah dengan mengajak dan memujuk, bukan dalam keadaan memaksa serta memalukan mereka. Beliau juga meminta warganet tidak mengecam guru secara umum kerana ramai guru yang sebenarnya bersikap bagus, prihatin dan berempati.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

SKIP THIS AD ×