berita

Didik Anak Berpuasa Jangan Sampai Memudaratkan, 4 Perkara Ini Ibu Bapa Kena Elakkan Menurut Doktor Izzar

April 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya sering kita dengar dalam masyarakat, yang memberi penekanan kanak-kanak perlu diberi pendedahan sejak kecil lagi tentang sesuatu perkara. Seperti bulan mulia bulan Ramadan, terdapat sesetengah ibu bapa yang mula melatih anak-anak mereka untuk mula berpuasa.

Bagaimanapun, ibu bapa di luar sana perlu cakna akan kemampuan anak-anak sendiri supaya tidak membawa sebarang kemudaratan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: Cara Solat Terawih Di Rumah Paling Ringkas Beserta 8 Surah Cadangan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puasa Sah Tak Kalau Tak Sempat Mandi Wajib? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Kanak-kanak berpuasa?

Foto: Doktor Izzar

Susulan daripada itu, suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, iaitu Doktor Izzar menerusi satu posting di laman Instagram, memberi pesanan mesra kepada ibu bapa di luar sana supaya tidak ‘memaksa’ anak-anak untuk berpuasa sehingga boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memudaratkan anak .

Ujarnya lagi, kanak-kanak kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi dan tidak boleh berkomunikasi secara jelas bagi meminta makanan mahupun minuman.

Takut kalau disuruh juga anak-anak kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah-marah sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganla expect untuk anak berpuasa seharian.

Pada masa yang sama, dia turut memberi peringatan kepada ibu bapa untuk berpada-pada dan melatih anak-anak berpuasa dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke. Ok la.

Tips mudah latih anak berpuasa

Sekadar gambar hiasan

Jika ibu bapa di luar sana mahu melatih anak-anak untuk berpuasa, ini antara peringatan dan tips mudah yang perlu diikuti.

  1. Sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.
  2. Jangan beri makanan bergula tinggi/manis. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak.
  3. Elakkan makanan masin untuk mengurangkan rasa dahaga.
  4. Jangan paksa anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang.
  5. Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan.

Tidak berakhir di situ, Doktor Izzar turut memberikan penekanan terhadap pemakanan seimbang yang penting tidak kira bulan Ramadan mahupun bulan-bulan biasa.

Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan.

Sumber: Doktor Izzar

SKIP THIS AD ×