berita

Murid Rogol Budak 4 Tahun Gara-Gara Video Lucah, Pengarah Mohon ‘Jalan’ Bantu Masalah Ketagih Porno

July 3rd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang murid darjah 6 ditahan selepas didakwa merogol kanak-kanak asuhan ibunya berumur 4 tahun sebanyak tiga kali. Kejadian yang berlaku di Batu Gajah Perak itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila suspek dipercayai terpengaruh dengan video lucah.

Di Instagram, pengarah dan penerbit drama tempatan, Shahrulezad kongsi kisah benar mengenai masalah ketagihan video porno. Shahrulezad gesa penyelesaian diambil untuk membantu merawat masalah ini.

Takut? Marah?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Okie fine. Takut? Ya! Marah? Pun ya! Salahkan sana sini? Done!
Solusi? Krik krik krik.

Senang cerita. Kita cuma mampu bertempik marah melepaskan kemarahan pada semua yg terbabit. Tapi apakah solusinya!? Ya betul. Islam melaknat. Tabur lah segala ayat quran dan hadis yg ada untuk menakut nakutkan kita semua akan balasan yg bakal diterima. Tapi hakikatnya sekarang kita bercerita pasal ketagihan. Bagaimana nak berurusan dengan masalah ketagihan ini? Macam jugak org ketagihan merokok. Turun lah segala hukum hakam. Korang berhenti ker merokok? Berapa kerat sangat yg berhenti.

Abam percaya ramai. Ya ramai dari kalangan kita pernah menonton klip video lucah. Dari mat rempit sampai la ker ustaz ustaz. Sama ada masa kecik, remaja dewasa atau lewat dewasa. Jangan tipu. Cuma ada yg beruntung ianya tidak menjadi ketagih atau ada yg merasa jijik dan meninggal kan terus. Tapi ada jugak yg struggle terperangkap dalam ketagihan ini selama bertahun tahun sehingga menjadi depressed. Pernah jumpa imam masjid yg suka layan porn? Abam pernah. Bukan sebab dia jahat tapi sebab dia dah ketagih.

Kisah benar, rumahtangga berkecai

Sekadar gambar hiasan

So penagih porno macam ni apa yg boleh kita bantu mereka selain dari hukum hakam quran yg hakikatnya mereka sendiri tau. Apa yg boleh kita bantu mereka atasi masalah ketagihan mereka? Apa yg kerajaan boleh bantu? Kalau ketagihan dadah kita tahu ada macam macam badan NGO antaranya Pengasih wujud. Tapi ketagihan seks? Ketagihan pornography? Pedophile? Bagaimana? Ke mana mereka ni nak tuju untuk mendapatkan bantuan selain dari kejian kejian bertalu talu seperti mana apa yg kita lakukan sekarang.

Penagih2 pornography perlu ke depan mendapatkan rawatan. Kerajaan jugak perlu ke depan membantu mereka mendapatkan rawatan. Isteri keluarga serta masyarakat kena ke depan memujuk mereka mendapatkan rawatan. Sudah sudah lah mengeji penagih penagih seksual ini sebab mengeji bertalu talu begini tak mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah ketagihan mereka ini. Bahkan membuatkan mereka terus menyorok dan menyembunyikan masalah ketagihan mereka. Tahu tahu berita berita seumpama ini bergegar dan membuatkan kita panik tak tentu hala walhal hakikatnya masalah ini dah lama membarah.

#donebebel

Izinkan abam nak bercerita tentang satu kisah benar ada seorang hamba Allah itu datang bertemu dengan abam sebab dia nyaris nak bunuh diri gara gara cukup tertekan kerana masalah ketagihan video lucahnya mula memakan diri. Rumahtangganya berkecai. Masyarakat sekeliling mula memulaukannya dengan segala kejian kejian (ya! kita la tu). Dia panik sebab dia tak tahu nak tuju ke mana. Dia kata lebih mudah jadi penagih dadah berbanding jadi penagih seksual macam dirinya yg seolah olah tak tahu kemana dia mahu mendapatkan rawatan dan bantuan. Is there any rehab in Malaysia? Kalau ada di mana? Sebab yg ada kebanyakkannya cuma dibandar bandar besar saja dan di hospital swasta yg mahal kos rawatannya. Di hospital hospital kerajaan ada tak khidmat utk rawatan ketagihan seksual begini? Kalau ada kenapa tak diwarwarkan servisnya?

Sumber : Shahrulezad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×