berita

Murid Sekolah Rendah Main Alat Muzik Cover Lagu Dance Monkey, Boleh Pergi Jauh Ni!

February 4th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kenangan sewaktu dibangku persekolahan semestinya menjadi memori yang sukar untuk dilupakan. Antara memori matapelajaran yang tidak ditelan zaman ialah sesi pembelajaran muzik. Melalui Twitter Ben berkongsi video rakaman sekumpulan pelajar sekolah rendah yang bermain alat muzik.

Apa yang menarik dalam video ini ialah kumpulan pelajar tersebut bermain alat muzik seperti ukulele gitar bass dan gendang. Alat-alat muzik ini jauh berbeza dengan alat muzik sewaktu zaman dahulu. Rata-rata netizen cemburu kerana sewaktu zaman mereka, kelas muzik hanya mengajar alat muzik jenis recorder yang tidak begitu menarik.

Ulang banyak kali pun tak bosan

Video tersebut memaparkan sekumpulan pelajar yang bermain lagu Dance Monkey yang merupakan lagu popular antarabangsa menggunakan alat muzik ukulele, bass, dan gendang. Kesungguhan mereka dalam bermain muzik mendapat pujian. Selain itu, alat muzik yang diajar oleh guru tersebut turut berbeza dengan sewaktu ketika dahulu di mana rata-rata pelajar hanya bermain alat muzik tradisional dan recorder.

Aku dulu belajar tiup recorder je

Rata-rata netizen cemburu dengan pembelajaran muzik di sekolah tersebut kerana tidak berpeluang untuk mempelajari alat muzik gitar sewaktu ketika dahulu.

Bagus cikgu sekolah ini

Cikgu sekolah tersebut wajar diberi pujian kerana memberi pendedahan yang meluas dalam bidang muzik. Hal ini juga secara tidak langsung menarik minat pelajar untuk mempelajari bidang muzik di waktu lapang.

Sumber: Ben

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×