berita

Murung Selepas Perniagaan Gagal, Lelaki Maut Terjun Tingkat 10 Pangsapuri

June 24th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Bagan Ajam, Pulau Pinang seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah kemurungan berikutan perniagaan yang diusahakannya gagal dijumpai maut selepas terjun dari tingkat 10 Pangsapuri Seri Melur.

Artikel Berkaitan: Diberhentikan Kerja, Dihalau Dari Rumah Sewa, Wanita Cuba Terjun Kondominium Tingkat 32

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidup Sebatang Kara, Tertekan Tiada Kerja, Lelaki Nekad Bunuh Diri

Artikel Berkaitan: Berkelakuan Pelik Sebelum Panjat Pagar, Lelaki Maut Terjun Tingkat 12

Alami tekanan perasaan

Foto: Astro Awani

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 26 tahun memasuki kawasan pangsapuri berkenaan dengan menaiki sebuah motosikal. Ujar Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor satu laporan telah dibuat daripada pengerusi pangsapuri berkenaan pada jam 6.45 petang.

Mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara tiba-tiba terjun ke bawah. Mangsa maut ekoran kecederaan parah dialaminya.

Mengulas lebih lanjut, isteri kepada mangsa turut menceritakan suaminya mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari yang lalu dan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

Mangsa mulai alami kemurungan selepas perniagaan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian. Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang elemen jenayah.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro & Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×