berita

Muslim Tetapi Sambut Krismas? Marion Caunter Hormat Tradisi Keluarga

December 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap kali menyambut perayaan Krismas atau Hari Natal, selebriti dan sosialit Marion Caunter akan menjadi tumpuan netizen di laman sosial.

Artikel Berkaitan: Sambut Krismas Untuk Gembirakan Ibu Bapa Mentua Dikecam, Nourul Depp Enggan Maafkan Netizen

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Sedih Tengok Orang Islam Sambut Krismas, Doa Moga Balik Ke Pangkal Jalan

Saya Muslim

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Marion menekankan dirinya beragama Islam selepas berkahwin dengan SM Nasarudin pada tahun 2010.

Menjawab kritikan netizen, Marion, 42, menyatakan Krismas sangat penting dalam hidupnya kerana sudah 30 tahun dia meraikan perayaan itu.

Adakah anda seorang Muslim? Kenapa anda menyambut Krismas? Ya, kami adalah Muslim.

Kami sambut Krismas sebab sudah meraikannya selama 30 tahun, sebelum saya berkahwin dengan Nasa, Krismas adalah sebahagian besar dan penting dalam hidup saya.

Krimas sangat bermakna

Dalam pada itu, pemilik nama Marion Rose Caunter menyatakan dia akan meneruskan tradisi itu bersama ahli keluarga bagi menghormati mendiang bapanya.

Katanya lagi, mendiang bapanya sentiasa memastikan mereka sekeluarga menyambut Krismas pada setiap tahun.

Mendiang ayah saya memastikan kami sentiasa menyambut Krismas bersama setiap tahun.

Ia sangat bermakna buatnya dan saya akan terus menghormatinya dengan meneruskan tradisi dengan anak-anak saya.

Di ruangan komen, rakan selebriti antaranya Awal Ashaari dan Hunny Madu serta warganet kasihan dengan Marion yang terpaksa menjelaskan perkara sama setiap tahun.

Selain itu, ada juga segelintir pengikut yang mencadangkan agar Marion membuat rujukan dengan golongan agamawan bagi isu tersebut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×