berita

Mustang Atau BMW, Anak Che Ta Nafi Bakal Terima X6

April 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

amar

Beberapa hari lalu, ada desas-desus mengatakan bahawa Rozita Che Wan bakal menghadiahkan anak lelakinya sebuah kereta BMW X6 sebagai hadiah keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel Berkaitan: Umur 18 & SPM 8A, Anak Rozita Che Wan Bakal Dapat BMW X6. Kau Ada?

Kononnya, anak Che Ta iaitu Ammar ada menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta sport atas kejayaannya mendapat 8A.

Bagaimanapun, menerusi laman sosial Twitter milik Ammar, dia telah menyangkal khabar angin itu dan menganggap ianya mengarut.

Keluarga Bahagia

Ceritanya begini, selepas tersebar berita kononnya Ammar bakal dihadiahkan BMW X6, ramai rakannya telah bertanyakan perkara itu di Twitter. Malah ada juga yang mengusik untuk menumpang kereta barunya nanti.

Justeru itu, Ammar telah memuat naik status ‘mengapa selalu salah dengar’ dan dia sempat bergurau dengan mengatakan dia sebenarnya bakal menerima kenderaan jenis Mustang.

Ammar

Ammar

Selain itu, mungkin kerana terlalu rimas dengan permintaan dan pertanyaan, Ammar turut membalas beberapa komen rakannya dengan perkataan ‘nonsense‘.

Apapun, jika benar ura-ura tersebut, tahniah diucapkan kepada Ammar, jika tak benar, nasihat kami supaya Ammar bersabar dan menganggap ianya sebagai asam garam bergelar anak kepada selebriti terkenal.

SKIP THIS AD ×