berita

‘My Hubs Is Cool With it’ – Tiada Istilah Cinta Lokasi, Sharifah Sakinah Minta Netizen Jangan Jadi Batu Api

December 19th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

 

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila netizen mengaitkan hubungan pelakon Syarifah Sakinah dan Aiman Hakim Redza lebih daripada sekadar pasangan di set pengambaran. Ada juga yang mengatakan hubungan mesra antara Sakinah dan Aiman seperti tidak menjaga perasaan suaminya itu.

Lantaran itu, Sakinah telah memuat naik satu gambar di Instagramnya untuk menyelar tanggapan netizen mengenai spekulasi hubungan intimnya bersama Aiman di set pengambaran. Ketika ini Sakinah dan Aiman sedang menjalani sebuah pengambaran bagi drama ‘Rumah No 10’

Sekadar tuntut watak

Sakinah menerangkan hubungannya dengan Aiman hanyalah sekadar untuk menjayakan tuntutan watak bagi drama tersebut dan ianya tidak lebih daripada itu. Dia juga memberi tahu bahawa suaminya juga tidak kisah dan faham mengenai kariernya sebagai seorang anak seni.

https://www.instagram.com/p/Bc4CdiVAZfc/?hl=en&taken-by=sharifah_sakinah

Jangan layan mulut netizen

Sakinah juga menasihati netizen supaya berhenti menjadi batu api dan hanya fikirkan yang baik-baik. Oleh kerana itu, netizen telah membanjiri ruangan komen Instagram Sakinah menasihatinya supaya tidak mempedulikan mulut-mulut jahat sesetengah netizen.

Sumber: Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×