berita

‘My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon’ – Sharnaaz Ahmad

May 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan dia enggan lagi bercinta dengan wanita daripada kalangan selebriti.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Ada Kekasih, Segan Nak Cerita Tunggu Dah Sah

Salam Jumaat

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sharnaaz, 37, menekankan golongan artis dan pelakon tidak akan tercalon untuk menjadi teman wanitanya. Katanya, ‘biaq yang sedang-sedang sudah.’

Next wife

Sementara itu, di posting yang berbeza, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menukar ayat ‘next girlfiriend’ kepada ‘next wife’.

Sebelum ini, Sharnaaz mengakui sudah mempunya kekasih namun malu untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka. Katanya, usianya sudah meningkat serta bimbang sekiranya hubungan itu tidak berakhir dengan baik.

Terdahulu, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×