berita

MyCARE Lancar Tabung MyRamadan Bantu Umat Islam Di Gaza

May 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bulan ramadan merupakan bulan yang dinanti oleh seluruh umat Islam di dunia. Ada segelintir yang menyambut dengan penuh meriah kehadiran bulan ramadan dengan pelbagai menu juadah berbuka puasa. Namun, ada yang terpaksa mengikat perut dalam tempoh bulan puasa atas desakan hidup.

Begitulah yang terjadi pada umat Islam di tanah Gaza, Palestin yang sehingga hari ini bergolak dengan tentera Israel. Bumi Gaza dilihat antara kawasan yang mencatatkan peratusan kadar kemiskinan yang tinggi di dunia. Badan bukan kerajaan, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang terpaksa mengharungi bulan Ramadan dalam keadaan yang tidak sempurna.

Kadar kemiskinan tinggi

Lebih sejuta penduduk Gaza tidak mempunyai pendapatan harian. Seorang setiap dua penduduknya hidup dibawah paras kemiskinan dan 70 peratus golongan muda menggangur. Tambahan pula, kadar kemiskinan mencecah 65.6 peratus. Daripada jumlah itu, 33.8 peratus termasuk dalam kategori ‘miskin terlampau’.

Menurut Pegawai Media MyCARE, Asyraf Helwa, telah berpuluh tahun jutaan penduduk di wilayah ini terpaksa mengharungi bulan Ramadan dalam serba kekurangan. Walau bagaimanapun, sejak 5 tahun yang lalu, pihak MyCARE telah memberi bantuan kemanusiaan kepada sebahagian besar keluarga di kawasan Nahrul Baarid yang telah dikategorikan sebagai miskin terlampau.

Tinggah di kawasan pembuangan sampah

Di kawasan ini terdapat 100 buah keluarga miskin dan setiap keluarga terdiri daripada 7 orang. Mereka tidak mempunyai rumah yang selamat serta bekalan makanan harian dan sukar untuk mendapti air bersih.

Mereka juga tinggal dikawasan yang penuh dengan binatang-binatang seperti biawak dan tikus kerana kawasaan itu adalah tempat pembuangan sampah. Pihak kami juga mendapati kanak-kanak hanya memakai pakaian yang koyak.

Tambahnya lagi, sebahagian besar dari keluarga yang menetap di kawasan ini tidak mempunyai bekalan makanan dan air untuk kegunaan harian. Kawasan tempat tinggal mereka juga dikelilingi timbunan sampah sarap dan penuh dengan binatang perosak seperti biawak dan tikus. Selain itu, penularan wabak Covid-19 ini telah menambah kesukaran buat keluarga disini kerana terdedah dengan pelbagai jenis penyakit.

MyRamadan

Sehubungan dengan itu, pihak MyCare telah melancarkan kempen MyRamadan yang bermula 19 April 2020 sehingga 23 Mei 2020 bagi membantu penduduk miskin di Gaza agar dapat bekalan makanan yang secukupnya bagi kelangsungan hidup. Bagi mereka yang ingin membantu sumbangan boleh disalurkan melalui Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) CIMB (8602135592) atau https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×