berita

MyNews Bakal Bawa Kedai Serbaneka Popular Korea Selatan, CU Store Ke Malaysia

October 13th, 2020 | by AnisAffandi
Shout Out!

MyNews Holdings Bhd yang sudah mempunyai lebih kurang 570 kedai di Malaysia merancang membawa jenama kedai serbaneka popular Korea Selatan, CU ke pasaran Malaysia. Pengendali kedai serbaneka itu mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, MYCU Retail Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian perlesenan bersama BGF Retail Co LTd.

Akan buka 500 CU store

Menurut Pegawai Eksekutif MyNews (CEO), Dang Tai Luk, syarikat itu akan membuka 500 CU store dalam tempoh lima tahun dan yang pertama dijangka akan dibuka Malaysia pada awal tahun 2021. Tambahnya lagi, pihak mereka akan membuka kedai serbaneka itu di bandar-bandar besar terlebih dahulu dan Lembah Klang menjadi pilihan awal bagi pembukaan CU store.

Sebanyak 30 hingga 50 kedai akan dibuka terlebih dahulu pada tahun pertama dan dari situ pihak mereka akan memantau prestasi kedai tersebut. CU juga akan menggunakan pusat pemprosesan makanan (FPC) MyNews di mana meningkatkan peratusan penggunaan pusat kepada 70% dari 35% sekarang.

Dijangka terkenal dalam 2-3 tahun

Dengan perbelanjaan Rm30 juta hingga RM40 juta dalam perbelanjaan modal, MyNews menjangkakan store tersebut bakal diterima pengguna dan terkenal dalam masa dua hingga tiga tahun. Kumpulan tersebut juga melihat dengan adanya jenama baru ini, mereka berharap akan memperoleh margin yang lebih baik berbanding MyNews.

Perjanjian perlesenan syarikat itu akan berlangsung selama 10 tahun dengan pilihan untuk memperbaharuinya selama 10 tahun lagi. Dengan penambahan CU store di sebalik MyNews, Dang menyatakan mereka akan memantau situasi semasa kedai tersebut.

SKIP THIS AD ×