berita

Nabil Mahir Tersalah Makan Ubat, Punca Mata Bengkak & Susah Bernafas -‘Pergi Emergency Terus’

August 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nabil Mahir

Pengacara dan pelakon Nabil Mahir terpaksa ditahan di wad sebuah pusat perubatan selepas mengalami alahan yang teruk pada Khamis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hamil Anak Kedua, Ayda Jebat Sedih Alah Tak Boleh Minum Milo

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Dah Lima Bulan

Bengkak teruk

Nabil Mahir

Menerusi hantaran di Instagram, Nabil memuat naik sekeping foto memaparkan bahagian matanya yang bengkak sehingga tidak boleh dibuka akibat alahan tersebut.

Kesan alahan, dah rasa ketat dada. Inilah pentingnya perlu lebih peka dengan apa yang kita alah.

Ke saya nak buat cerita gebang cakap ini (bengkak) sebab bertumbuk tadi Apa pun tolong sentiasa berhati-hati.

Sementara itu, isteri kepada Nabil iaitu aktres dan penyanyi Ayda Jebat memaklumkan punca alahan disebabkan suaminya tersalah mengambil ubat.

Semalam Nabil tersalah makan ubat, rupanya dia alah dengan ubat tersebut. Nak bawak Ana Nayla (anak) check up mata (sebab tiba-tiba mata berair dan banyak taik mata), tiba-tiba Dadaa (panggilan Nabil) dia lagi teruk.

Mata tak boleh buka sampai susah nak bernafas, pergi emergency terus, nasib baik kita memang kat hospital.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati itu turut berpesan kepada orang ramai untuk lebih cakna berkenaan jenis ubat yang diambil.

Jadi penting untuk tahu ubat atau makanan apa kita allergic! Jangan buat main! Siapa pernah kena macamni komen dekat bawah! Ada yang cadang buat allergic test. Nanti kita pergi. Doakan dia cepat baik.

Kalau korang dah tahu korang allergic apa, elak la walaupun kawan ke sesiapa cakap ‘ala makan sikit je bukan mati pun’. Tolong faham allergic ni bahaya.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Nabil berkata keadaan matanya semakin baik selepas mendapatkan rawatan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×