Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi tentang pengalamannya semasa hamil anak kedua yang kini usia kandungnya sudah mencecah lima bulan
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Dah Lima Bulan
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Positif Covid-19 – ‘Saya Tak Alami Simptom Teruk, Sakit Tekak Sahaja’
Aktif berlakon
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, terdapat banyak perbezaan yang dialaminya jika dibandingkan dengan kehamilan anak sulung sebelum ini.
Sebenarnya sangat berbeza. Pada kehamilan pertama ada perkara yang saya tak boleh buat tetapi untuk kehamilan kedua ini saya boleh buat.
Sementara itu, pelakon berusia 30 tahun ini juga sedang aktif menjalankan penggambaran drama Bukan Cinta Sempurna setelah empat tahun tidak menjayakan naskah lakonan.
Saya ambil keputusan terima tawaran berlakon ini sebaik sahaja saya mengetahui yang saya hamil. Saya rasa badan saya boleh menerima untuk bekerja.
Ketika kehamilan pertama saya tak boleh bangun, saya tak boleh terima atau balas mesej cuma pada hujung kehamilan barulah saya boleh bekerja.
Untuk kehamilan ini, ada juga hari yang kami terpaksa menghentikan penggambaran lebih awal kerana saya mengalami sakit belakang dan sukar untuk berjalan. Untuk perkara seperti ini memang saya tak dapat elakkan dan saya bermohon maaf kepada pihak produksi.
Ayda berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan drama tersebut yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Tak dapat minum Milo
Dalam pada itu, pelantun lagu Temberang itu juga berkata, dia hanya alah kepada minuman kegemarannya namun tidak pernah mengidam makanan yang pelik.
Kalau nak ikutkan saya tak ada mengidam yang pelik-pelik tapi ada satu benda yang saya sangat suka tapi saya tak boleh nak consume dan membuatkan saya sangat sedih. Boleh katakan setiap hari saya sedih..iaitu Milo.
Saya pun tak pasti mengapa. Boleh dikatakan Milo merupakan minuman kegemaran saya dan hari-hari saya minum.
Saya cuba tapi muntah-muntah. Selepas trimester pertama saya cuba lagi dan harap ia berubah namun saya tetap alah pada minuman Milo sampai sekarang.
Untuk rekod, Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun.