Pelakon Nabila Huda, memberitahu dia bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya menerima ugutan lebih teruk lagi di media sosial, termasuk mengganggu keselamatan anak gadisnya, Keisha Laila.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Terima Ugutan, Didakwa Curi Budaya Indonesia – ‘Saya Akan Culik Anak Awak’
Asyik bergaduh soal budaya
Menurut Nabila, dia menerima ugutan daripada seorang pengguna media sosial difahamkan warga negara Indonesia yang ingin menculik anaknya atas dakwaan rambang berkaitan mencuri budaya negara mereka.
Individu itu sanggup buat ugutan, kononnya sebab saya dikata berpakaian kebaya yang keterlaluan. Tak tahulah, kenapa sejak dari dulu Malaysia dan Indonesia ini asyik nak bergaduh soal budaya.
Perbalahan yang tak akan pernah habis walaupun kita sesama Melayu sendiri sepatutnya harus bersatu. Jadi, sebab itu saya malas nak layan dan terlalu fikirkannya sampai boleh tertekan, takut serta bimbang.
Nanti, saya juga yang susah nak bergerak ke sana sini. Ditambah, saya perlu bekerja dan tidak mahulah sampai ia mengganggu kehidupan harian. Cuma, saya kini jadi lebih berhati-hati.
Ujar Nabila lagi, dia sentiasa berdoa agar anak dan keluarganya dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.
Sebagai orang Islam dan ibu, saya sentiasa percaya doa adalah senjata yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan daripada Allah dan antara usaha boleh dilakukan untuk mengelak daripada sebarang kejadian tidak diingini menimpa keluarga.
Bagi saya, berdoa sajalah supaya tidak ditimpa sebarang kejadian buruk, sama ada untuk diri, anak dan keluarga.
Sumber: Harian Metro