Pelakon Nad Zainal meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang peniaga atas talian yang menggunakan kisah rumah tangganya untuk melariskan perniagaan.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Beri Bayangan Sedang Hamil? -‘Nak Zoom Perut La Tu’
Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Kekwat’ Dengan Peminat, Ungku Ismail Anggap Ramai Gadai Pahala Puasa
Fitnah untuk jualan
Menerusi perkongsian di Instagram, Nad berkata peniaga tersebut telah mereka cerita yang tidak benar dengan mendakwa aktres itu sudah tidak selesa hidup bersama suaminya, Ungku Ismail.
Tegas Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dirinya bukan jenis yang berkongsi kisah peribadi kepada umum.
Kot iya pun nak jual barang dekat Shopee, tak perlulah tulis macam ini (fitnah), dah netizen percaya. Ke ada Nad Zainal lain?
Sebab Nad Zainal yang ini, yang tulen. Jarang lah saya nak buka mulut canang kisah rumah tangga. Baru kes Freemason habis, nampaknya sahaja (kelakuan memfitnah).
Penat saya tekan link, bagi link, rupanya suruh shopping, semoga bertaubat.
Justeru pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkata dia enggan mengambil pusing berkenaan hal tersebut kerana tidak mahu emosinya terganggu.
Saya ada 21 babak hari ini, saya nak jaga mood di set pengambaran. Jangan suka buat kelakar di media sosial ya. Nanti ramai yang lurus percaya ya.
Sumber: Instagram