berita

Nad Zainal Beri Bayangan Sedang Hamil? -‘Nak Zoom Perut La Tu’

July 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon Nad Zainal mencuri perhatian selepas memuat naik sekeping gambar seakan menampakkan ‘baby bump’.

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Kekwat’ Dengan Peminat, Ungku Ismail Anggap Ramai Gadai Pahala Puasa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Muka ‘Slumber’ Ketika Disapa, Netizen Dakwa Nad Zainal Dan Suami Tak Mesra Peminat – ‘Senyum Pun Tidak’

Hamil?

Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik gambar itu bagi mempromosikan sebuah jenama produk.

Bagaimanapun, gambar tersebut mencuri perhatian ramai apabila perutnya kelihatan sedikit besar sekali gus menimbulkan dakwaan aktres itu sedang hamil.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, isteri lepada aktor Ungku Ismail itu memuat sekeping gambar berserta kapsyen ‘nak zoom perut la tu’.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bertanyakan kepada Nad adakah benar dia sedang hamil atau tidak.

Malah, segelintir wargamaya turut menyampaikan ucapan tahniah sekiranya ibu kepada dua cahaya mata itu sedang berbadan dua.

Terdahulu, Nad mengejutkan orang ramai apabila tiba-tiba mengumumkan sudah pun bernikah dengan Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah bercerai pada September lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×