berita

Nad Zainal Buat Laporan Polis Dakwa Diganggu & Diugut Selepas Berpisah Dengan Azwan

June 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ylhjwN0-630x317

Belum habis lagi rupanya cerita pasal Nad Zainal dengan Azwan Kombos. Ingatkan masing-masing dah move on lepas hubungan mereka putus lebih kurang dua bulan lalu, tapi nampaknya ada lagi yang belum selesai antara kedua-dua pelakon ini.

Pagi semalam, Nad telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang kerana mendakwa diancam seorang wanita tak dikenali dan sering diganggu Azwan.

Menurut Nad, wanita berkenaan menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza dan nada percakapannya berbaur negatif.

Kali terakhir wanita terbabit menghubungi saya adalah kira-kira sejam sebelum saya membuat laporan polis. Wanita itu mengugut akan mengaibkan saya kepada rakan wartawan dan penulis blog kerana putus dengan Azwan.

GUA_AzwanKombos_871549694

Wanita itu juga memberi tempoh untuk Nad kembali kepada Azwan jika tak mahu dia meneruskan rancangan memburukkan aktres Tuan Rumah Pembantu Rumah tersebut.

Tak cukup dengan itu, Nad juga perasan terdapat beberapa laman sosial untuk kelab peminat di Facebook dipercayai berkait rapat dengan kes gangguannya ini.

Saya dapati ada laman peminat di Facebook yang dibuka individu tidak dikenali dan bukan dalam kalangan peminat saya. Saya dimaklumkan laman peminat itu dikatakan diwujudkan peminat Azwan.

Lebih teruk halaman terbabit mengalukan sesiapa yang mahu menjadi ahli kelab peminat saya dengan bayaran pendaftaran. Saya tak tahu apa motif laman ini dibuka.

Lain pula ceritanya di Instagram. Entah dari mana wujudnya tapi menurut Nad laman sosial itu memaparkan gambarnya dengan Azwan dan Hefny Sahad.

red-carpet-7-630x419

Lucunya, gambar saya dan Azwan disertakan dengan keterangan gambar yang seolah-olah mengharapkan hubungan kami pulih. Namun, dengan Hefny, keterangan gambarnya lebih condong kepada nilai negatif.

Bukan setakat itu sahaja, Nad juga mengaku Azwan masih lagi mengganggunya dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Selama tempoh percintaan kami, biasalah ada pasang surut. Kami pernah putus kemudian sambung balik. Mungkin juga disebabkan itu Azwan fikir kami akan sambung semula.

Saya sudah bulatkan pendirian untuk tidak lagi bersamanya. Saya kesal kenapa Azwan tidak boleh terima hakikat kami sudah tidak ada apa-apa lagi.

Lebih mengelirukan lagi, Nad juga memberitahu dia dan Azwan sudah berbincang mengenai keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka. Maka, sepatutnya tak timbul isu Azwan seolah-olah tak tahu percintaan mereka sudah putus.

Apapun, Nad menegaskan tak akan kembali bercinta dengan Azwan sama ada dia bersama Hefny Sahad ataupun tidak.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×