Penyanyi, Nadeera Zaini dikecam oleh warganet gara-gara pakaian dan aksesori yang digayakan dilihat tidak sesuai dengan persembahan dan nyanyian yang bertemakan ketuhanan pada minggu ketiga pentas Big Stage Musim ke-5 semalam.
Artikel Berkaitan: Pakai Rantai & Dedah Dada, Penampilan Naufal Azrin Dipersoal Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Dedah Mengapa Tidak Jadi Juri Big Stage Musim Ini
Mohon maaf
Pemilik nama sebenar Farah Nadeera Zaini mempersembahkan sebuah lagu berjudul Rahmatun Lil’ Alameen yang dipopularkan oleh Maher Zain semalam dengan memakai ‘dress’ labuh berwarna merah hati dan selendang serta mengenakan beberapa aksesori.
Bagaimanapun, penampilannya itu dia dikritik hebat oleh warganet kerana selendang yang dipakai menampakkan sebahagian rambutnya.
Susulan itu, menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), Nadeera tampil menjelaskan tentang pemilihan konsep persembahannya pada malam itu.
Alhamdulillah. Selesai sudah persembahan minggu ketiga Big Stage. Pada awalnya Nad keliru memikirkan konsep yang sesuai untuk lagu Rahmatun Lil’ Alameen, baik dari susunan lagu, pakaian serta konsep persembahan.
Susunan lagu asal nyanyian Maher Zain kurang sesuai dengan pertandingan, jadi Nad bersama team management harus menyusun semula agar ia kena dengan mood pertandingan & sesuai dengan nada suara Nad.
Selepas berhempas pulas, akhirnya muncul dengan konsep akhir yang Nad tampilkan sebentar tadi (semalam).
Sementara itu, dia berterima kasih kepada pihak produksi yang membantunya menjayakan persemabahan tersebut.
Terima kasih kepada team production, musician, arranger, glam team dan management team yang memberikan Nad kerjasama yang baik.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 30 tahun tersebut memohon maaf atas isu pemakaiannya itu dengan menerima setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya.
Namun, ada yang memberi komen pakaian yang Nad gayakan kurang sesuai dengan persembahan malam ini. Nad menyusun 10 jari memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi.
Nad terima segala komen serta saranan dengan hati yang terbuka & berlapang dada. Nad akan memperbaiki kesilapan dan terus berusaha memberikan yang terbaik, Insya-Allah.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar perkara seperti itu tidak berulang lagi selepas ini dan menasihatinya agar lebih sensitif terutama jika menyanyikan lagu ketuhanan.
Sumber: Instagram