berita

Nadi Anaqi Pilihan Zahiril & Shera Aiyob

June 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Nadi Anaqi

Kira-kira seminggu yang lepas, isteri kepada pelakon berbakat besar, Zahiril Adzim telahpun selamat melahirkan bayi pertama yang tersangat comel.

Namun begitu, agak lama jugalah baru pasangan ini mendedahkan nama putera sulung mereka walaupun sebelum ini mengakui telah mempunyai beberapa senarai nama yang sesuai.

Menurut portal Media Hiburan, pasangan selebriti itu sepakat memilih nama Nadi Anaqi yang membawa maksud keindahan yang menawan hati. Memang sesuai sangat dengan bayi mereka yang berkulit putih melepak dan mempunyai sepasang mata bulat.

Nama itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik disamping mudah disebut. – Shera Aiyob

Tapi tak seperti orang lain, Zahiril dan Shera dilihat lebih selesa bersikap sederhana dan mungkin tak mahu terlalu menunjuk tentang kelahiran cahaya mata pertama mereka.

zaa11

Pasangan yang cukup cantik cukup padan

OHBULAN! kata sebegitu kerana tidak ada sekeping pun foto penuh anak mereka dimuat naik ke laman sosial baik oleh Zahiril mahupun Shera.

Kalau ada pun, hanyalah wajah bayi mereka sewaktu baru dilahirkan yang difahamkan telah dimuat naik oleh ibu Zahiril ke laman Facebook.

Adakah Zahiril dan Shera sengaja mahu membiarkan peminat tertanya-tanya sebelum membuat sidang media khas bagi memperkenalkan anak mereka seperti yang dilakukan oleh Ning Baizura?

Apapun, jom tengok dulu beberapa keping foto dikongsikan Zahiril yang mana rata-ratanya menunjukkan jari-jemari Nadi Anaqi.

SKIP THIS AD ×