berita

Nadiyah Shahab Tak Sangka Foto Cupcake ‘Unik’ Bachelorette Party Undang Kecaman

March 12th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Rata-rata netizen menyifatkan Bachelorette Party yang telah diadakan pelakon Nelydia Senrose itu tidak senonoh dan seakan ikut budaya barat. Netizen juga terkejut apabila terlihat foto cupcakes dihiasi ikon alat sulit lelaki dan payudara dimuat naik di Instagram pelakon Nadiyah Shahab.

Bagaimanapun, menerusi laporan Metro, Nadiyah Shahab tampil menjelaskan perkara itu kerana tidak mahu netizen menganggap majlis tersebut seperti parti liar.

Tidak menganggap menjijikkan

Nadiyah Shahab antara salah seorang kenalan rapat kepada Nelydia Senrose yang turut hadir ke Bachelorette Party malam tersebut. Dia memuatnaik beberapa foto sekitar majlis tertutup itu di IG Story.

Foto yang dimuatnaik itu termasuk foto cupcakes berunsurkan alat kemaluan lelaki dan payudara wanita.

Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan Bachelorette Party itu. Dia tidak patut dipersalahkan. Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’.

Ketika memuat naik gambar juadah makanan di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu.

Tidak faham kenapa orang perlu mengecam

Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung.

Manisan cupcakes berbentuk alat sulit itu turut dimuat naik di IG Story beberapa rakan artis yang hadir dan telah mengundang reaksi kurang senang netizen.

Niat kami baik iaitu mahu memberi kejutan kepada Nelydia yang bakal menamatkan zaman bujang. Kami mahu menghargainya kerana dia wanita yang penyayang.

Tiada lelaki dan semuanya wanita

Menurut Nadiyah Shahab lagi, dalam majlis tertutup tersebut tiada kehadiran kenalan lelaki dan semua hanya rakan rapat perempuan sahaja. Selain acara menari yang menghiburkan, mereka juga berkesempatan menonton video khas ucapan buat Nelydia dari rakan-rakan yang lain.

Tiada lelaki dalam majlis itu dan semuanya wanita yang terdiri daripada kenalan rapat dan adik-beradik Nelydia.

Ia hanyalah pertemuan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Nelydia yang bakal menempuh alam rumah tangga tidak lama lagi.

Malah, majoriti yang hadir memuat naik video dan gambar aktiviti yang berlangsung sepanjang acara itu. Kami habiskan masa menghiburkan Nelydia dengan persembahan dan menonton video istimewa yang dibuat khas untuknya.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×