berita

Nahas Air India Express Ragut 18 Nyawa, Salah Seorang Mangsa Positif Covid-19

August 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebuah pesawat Air India Express tergelincir daripada landasan ketika mendarat di sebuah lapangan terbang berhampiran bandar Kozhikode, di Kerala, India, pada Jumaat lalu. Insiden tersebut telah meragut 18 nyawa penumpang termasuk dua juruterbang .

Menerusi laporan CNN, empat orang kanak-kanak telah dikenal pasti antara 16 penumpang yang mati ketika pesawat tersebut terhempas.

Bawa pulang mereka yang terkandas

Menurut seorang pegawai yang dikenali sebagai K Gopalakrishnan, kesemua mangsa merupakan penduduk Kerala. Tambahnya mangsa paling termuda hanya berusia satu tahun. Manakala, mangsa yang tertua berusia 61 tahun. Ujarnya lagi, salah seorang mangsa telah disahkan positif Covid-19.

Menurut Ketua Menteri Kerala, pesawat tersebut merupakan salah satu penerbangan pulang yang dikendalikan oleh pemerintah India untuk membawa pulang warga negara yang terkandas di luar negara kerana sekatan perjalanan Covid-19.

Masih dalam siasatan

Sementara itu, Menteri Penerbangan Awam, Hardeep Singh Puri, turut memuat naik satu tweet ketika beliau sedang melawat lokasi kejadian. Beliau berjanji akan menilai status pelaksanaan langkah-langkah bantuan dan akan berunding dengan pegawai kanan penerbangan.

Tambahnya, perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit telah ditemui dari bangkai kapal. Ucapan takziah buat keluarga mangsa turut diucapkan oleh menteri tersebut.

Sumber: CNN & Hardeep Singh Puri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×