berita

Nahas Helikopter Terhempas: Viral Video Liputan Akhir Bersama Juruterbang Aidilfitri Lalu

April 24th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Arwah Kdr Muhammad Firdaus Ramli mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, semalam, pernah ditemu bual secara eksklusif oleh pihak TV3, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas: Tular Status WhatsApp Komander Firdaus – ‘Berbahagialah, Aku Tidak Akan Menganggumu Lagi’

Artikel Berkaitan: [KEMAS KINI] Dua Helikopter Bertembung & Terhempas Di TLDM Lumut, 10 Mangsa Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas, Kementerian Pertahanan Pertimbang Semula Penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

Liputan terakhir 3 Syawal

Menurut Buletin TV3, krew mereka diberi peluang menaiki pesawat berkenaan untuk membuat liputan penugasan anggota TLDM di Sabah. Helikopter operasi maritim itu merupakan aset terbaru yang di operasikan skuadron berkenaan.

Menerusi liputan laporan khas TLDM itu, ARMADA Timur mempertingkatkan operasi sempadan pengairan negara sempena Aidilfitri siaran 12 April lalu.

Sementara itu, sebuah hantaran di Facebook Skuadron 503 yang dimuat naik Jumaat lalu, turut menyentuh hati warganet. Ia memaparkan gambar lambaian kali akhir lima krew udara skuadron 503 ke arah helikopter berkenaan yang dalam misi penerbangan ke Lumur, Perak.

Video

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×