Viral di laman sosial screenshot foto ibu mengandung dengan kapsyen menjijikkan di laman Tumblr. Foto berkenaan dipercayai dicuri di laman sosial dan dijadikan ‘modal’ oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Artikel berkaitan: Hati-Hati Binatang Gila Nafsu, Foto Ibu Mengandung ‘Dicuri’ & Jadi ‘Modal’. Jijik!
Rupa-rupanya keinginan aneh terhadap wanita mengandung ini mempunyai sebab tersendiri dan telah dikenalpasti sebagai Maiesiophilia.
Satu kelainan seksual
Seorang netizen mendedahkan apa dan bagaimana seseorang itu boleh tertarik kepada wanita mengandung. Perkara itu dikongsikannya di laman Facebooknya baru-baru ini.
Maiesiophilia merupakan kelainan seksual yang mengakibatkan mereka dengan penyakit ini merasa ghairah ketika melihat ibu hamil.
Mereka juga sangat suka melihat ibu-ibu dengan dress hamil mereka atau apa pun pemakaian yang JELAS menunjukkan baby bump mereka yang mana pada pandangan mereka ia adalah seksi.
Meremang rasanya apabila mendapat salinan channel telegram seperti ini satu ketika dulu yang mana telah menjadi medium perkongsian video sex bersama ibu hamil serta paparan gambar ibu-ibu hamil sebagai objek pemuas nafsu dan ya. Saya marah. Tersangat marah:
1) Kepada mereka yang suka mempamerkan baby bump dengan alasan berkongsi kehamilan dengan rakan-rakan terutama yang bila ditegur, bukan nak terima.
2) Kepada mereka yang menjadi hamba nafsu serakah hingga mencari modal sabun di bilik mandi menggunakan gambar entah siapa-siapa.
3) Kepada mereka yang tidak silu dari mengambil gambar bukan milik sebagai modal fantasi seksual.
Ambil gambar dipersila tapi..
Cuba ya, cuba dikalangan ahli keluarga anda yang menjadi candid atau photoshop begini. Marah atau suka?
Atau anda pun join sama jadikan point melampias nafsu sini sana.
Ceritanya mudah, nak ambil gambar dipersila. Tapi simpan untuk tontonan peribadi.
Bukannya jadikan ia sebagai tontonan umum dan membenarkan mereka ini menjadikan anda fantasi seksual mereka.Benar, kehamilan merupakan satu kenangan indah yang perlu kita raikan, tetapi ada kala kita terlupa ada yang memerhati kita dalam diam dan mungkin berfantasi bahawa kita sedang hamilkan anaknya barangkali.
Saya tahu, memang kandungan bila sudah membesar, mana boleh disorok-sorok malahan ada tu gambar yang dijadikan perkongsian sesama rakan sahaja terlepas ke tangan yang tidak sepatutnya.
Jom, kita sebar kepada rakan2 lain. Mana tahu, mereka menjadi sebahagian dari mangsa
Nak bukti jelas lagi, anda google sahaja beberapa tajuk ibu hamil, anda akan lihat berapa banyak group seperti tumbIr yang mempamerkan gambar ibu hamil dan fantasi seksual tentangnya.
Sumber: Bel Nawhen