Malang tidak berbau.. Kegembiraan sambutan Hari Aidilfitri berubah menjadi detik mencemaskan buat penyanyi dan pelakon Naim Daniel selepas ‘berdarah’ gara-gara mercun bola.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aksi Menyanyi Tergantung Bawa Tuah, Naim Daniel Terima Pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’
Dahi & tangan berdarah
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Naim mengalami kecederaan di bahagian tangan, kuku dan dahi selepas bermain mercun bola di halaman rumahnya. Susulan itu, penyanyi berumur 25 tahun bergegas ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Pelantun lagu Sumpah juga menunjukkan bahagian kuku jarinya yang pecah. Meskipun dalam keadaan sakit, pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin masih boleh tersenyum dan bergelak tawa.
Di ruangan kapsyen, pelakon siri Project High Council mengingatkan orang ramai untuk tidak bermain mercun bola.
Jangan main mercun bola please.
Cucuh pakai lighter?
Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat ‘marah manja’ dengan Naim kerana sendiri cari penyakit. Di samping itu, mereka juga mendoakan kesembuhan buat anak muda berbakat itu.
Sumber: Instagram