Penyanyi Najwa Latif menafikan khabar angin yang tular mengatakan dia sudah pun berbadan dua.
Artikel Berkaitan: Najwa Latif Kongsi Video Romantis Dengan Akwa Arifin, Peminat Single Murung Tengok
Artikel Berkaitan: Najwa Latif Sah Bergelar Isteri Ahli Muzik
Belum hamil
Penafian tersebut dilakukan Najwa selepas menerima soalan daripada peminat menerusi sesi Q&A di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Menerusi sesi tersebut, seorang peminat menyampaikan ucapan tahniah kepada penyanyi itu di atas berita kehamilannya.
Menurut Najwa sekiranya peminat melihat ada perubahan pada bentuk badan, itu kerana perutnya yang buncit.
Amin, walaupun tak pregnancy lagi tapi amin. Saya belum hamil pun lagi. Bukan ucapan pregnancy, salah itu, patutnya tahniah kak Wawa (Najwa) for your perut buncit.
Dalam masa sama, pelantun lagu Cinta Muka Buku itu meminta orang ramai untuk terus mendoakannya.
Belum lagi tapi amin, doakan yang baik-baik ok.
Terdahulu, spekulasi mengenai Najwa sudah hamil mula tersebar selepas tular video dia sedang membuat persembahan dan memperlihatkan seakan-akan nampak baby bump.
Imbas kembali, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa yang juga penyanyi dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor, pada 11 November tahun lalu.
Sumber: Instagram