Gambar sekadar hiasan
Hanya kerana inginkan saiz yang sama besar dengan teman lelakinya, seorang lelaki maut selepas menjalani prosedur membesarkan zakar.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Hutang Pelacur RM4.35, Pelanggan Parah Ditikam Di Bahagian Kemaluan
Alami keracunan darah
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan portal International Business Times, mangsa yang dikenali sebagai Martin, 32, meninggal dunia akibat keracunan darah serta kegagalan organ selepas zakarnya disuntik dengan minyak silikon.
Kekasih songsang Martin yang bernama Torben, 46, dinamakan sebagai suspek utama bagi kes kematian ini dalam satu perbicaraan di mahkamah.
Difahamkan, Torben dan Martin berkenalan menerusi satu laman web temu janji gay sebelum mangsa meluahkan hasratnya untuk memiliki saiz zakar yang bersaiz besar seperti suspek.
Mendengar luahan teman lelakinya itu, Torben kemudiannya memberikan suntikan minyak silikon pada bahagian sulit Martin yang menyebabkannya meninggal dunia akibat beberapa kompilasi.
Bukan itu sahaja, Torben juga mengaku pernah melakukan prosedure yang terhadap beberapa individu lain dengan bayaran sebanya $224 (RM1,017).
Torben kini didakwa di mahkamah Jerman kerana melanggar Akta Pengamal Perubatan Alternatif Jerman atas kesalahan melakukan kecederaan tubuh sehingga menyebabkan kematian.
Sumber: IBT