Percutian keluarga sepatutnya menjadi detik istimewa untuk menikmati keindahan dan keunikan sesuatu lokasi tarikan pelancong di sesebuah negara. Inilah masa untuk berbelanja tanpa perlu terlalu berkira asalkan mendapat percutian selesa dan bermakna.
Lain pula dengan sebuah keluarga yang sangat berjimat-cermat ketika bercuti sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
‘Restok’ makanan dari hotel
Bila saya cakap kami 1 family ada tidur tepi jalan kat Eropah, memang kami tidur tepi jalan betul-betul. Tidur kat lantai airport tu biasa lah, tak payah cerita pun takpa. Tapi ni betul-betul tepi jalan.
Masa kat Italy, kami tidur kat kerusi taman Citta Alta di Milan Bergamo, Italy. Tempat tu sunyi, tak ada orang. Polis pun tak ada. Kat tepi kerusi kitorang ada paip air yang kerajaan buat untuk minum. So kalau nak minum, minum situ je. Makan biskut-biskut je.
Saja je tak nak ambik accomodation sebab nak berjimat, hotel biasa-biasa pun harga sampai 50 euro 1 malam. Baik tidur tepi jalan je free. Banyak lagi boleh buat dengan 50 euro tu. Ambik hotel sekali je sepanjang 4 hari kat Milan tu. Tu pun sebab nak mandi, basuh baju dan restok makanan masa breakfast (Ops). ? Ala, ambik gula dengan Nutella je. Beli roti, ngap.
So takdelah korban apa sangat pun. Saya dan isteri pernah pergi kem pelarian Syria lagilah dahsyat keadaan. Tu bukan 2-3 hari, tapi bertahun-tahun, dengan sejuknya. Ramai yang mati masa musim sejuk. Korang tak paham sejuk musim macam mana selagi tak pernah hadap negara musim sejuk.
Zaman Dajjal lagi teruk
Tapi nanti zaman Dajjal, lagi teruk kot. Yang mana tak tahan, akhirnya akan tunduk bawah dajjal, dan dapatlah dia segala kesedapan dunia. Nauzubillah min Zalik.
Alhamdulillah baby tak meragam, isteri pulak memang jenis hati stainless steel. Saya dah bagitau awal-awal masa mula-mula kahwin dulu yang saya ni ustaz saya bagi nama Ibnu Batoota, dia kata saya akan mengembara jauh. So kalau nak hidup dengan pengembara, hati tak boleh maruku, Krup krap krup krap bunyi. Kalau tak mau ikut, saya gerak sorang. So samada nak kena tinggal atau ikut dengan hati kering. Dia pilih hati kering. Sekering biskut Merrie.
Alhamdulillah tak ada merungut apa-apa, tapi ada jugak sekali termenangis sebab tak tahan sangat sakit pinggang tanggung beg, anak, 10 jam terkandas kat airport. Lepas pujuk-pujuk sikit ok lah. Bukan nak merungut, nak mengadu letih je, biasalah, perempuan. Diorang kena lepaskan emosi tu, tak boleh simpan. Lelaki pulak, dia simpan dalam. Sebab kalau dia pun sama naik menangis bucu katil, baik potong **** je. Lelaki kena hati besi buhler Jerman, boleh potong besi lain. Baru lelaki namanya. Kalau tak, mohon pakai baju pelangi.
Belum lagi cerita kami redah hujan di Italy jalan 5km dari hotel ke stesen bas. Saya bukak jaket saya selimutkan isteri dan anak sambil biarkan diri kebasahan. Isteri saya tegur amboi romantiknya. Saya cakap takdelah, tu bukan selalu hero cerita Korea buat ke. Saja je tiru.
Ceh penat je terharu, ingatkan betul nak romantik, rupanya nak tiru drama je. Saya pun jadi confuse. Salah ke jawapan saya tu.
Tindakan dikecam
Sumber: Facebook