Foto: Productive Muslim
Ramai orang mahukan tubuh badan yang sihat dan ideal. Disebabkan itu ramai juga mahu hilangkan berat badan dengan diet, tetapi dengan cara yang salah.
Jika diet anda seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun mengambil masa yang lama.
Ini antara tips diet yang berkesan!
Jangan tinggalkan sarapan
Foto: Successible Life
Anda mungkin ambil ringan dengan pengambilan sarapan ataupun membuat keputusan untuk tidak bersarapan kerana diet, namun tindakan itu adalah salah.
Ini kerana, waktu sarapan adalah waktu untuk anda mendapatkan nutrien untuk tubuh badan berfungsi selepas berlapar semalaman. Jika tidak, kandungan glukosa dalam badan akan menjadi rendah dan mengakibatkan pening dan pitam.
Tidak bersarapan juga mungkin akan membuatkan anda untuk makan berlebihan pada waktu tengahari kerana lapar.
Minum air kosong atau detoks
Foto: Runtastic
Ramai keliru dengan perkara ini kerana ada yang berkata minum air yang banyak akan menyebabkan gemuk air. Tidak semestinya, kerana jika kekurangan air, badan kita juga akan menjadi lemah. Oleh itu, minumlah air dengan kuantiti yang secukupnya iaitu 1.5 liter hingga 2 liter sehari.
Anda juga boleh cuba untuk minum detoks iaitu campuran lemon dan air kosong. Ianya untuk memudahkan lagi penyingkiran lemak-lemak di badan anda.
Jadikan buah-buahan sebagai ‘snek’
Foto: Basket
Sayur dan buah mempunyai kalori dan lemak yang sangat rendah. Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan kita.
Anda boleh cuba gantikan snek malam dengan buah-buahan. Jika sebelum ini anda sudah terbiasa makan keropok pada waktu malam, ia lebih baik jika digantikan dengan buah-buahan.
Buat perancangan
Foto: NDTV
Rancang pemakanan anda berdasarkan jumlah kalori, karbohidrat, lemak atau garam untuk seharian. Untuk tahu kandungan kalori pada setiap makanan, anda boleh membuat carian di Google.
Anda juga dinasihatkan makan pada waktu yang tetap. Ramai individu membuat tindakan yang salah kerana beranggapan tinggalkan salah satu waktu makan dapat membantu diet anda. Jika anda berbuat demikian, anda akan mengambil lebih banyak snek kerana lapar.
Sila makan pada waktu yang tetap seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam tetapi dengan kuantiti yang kurang.
Lakukan aktiviti fizikal
Foto: Medlife
Aktiviti seperti senaman ataupun jogging pasti dapat membantu dalam proses menguruskan badan. Ini kerana, aktiviti fizikal boleh membakar kalori tambahan di dalam badan.
Selain fokus pada diet pemakanan dan aktiviti fizikal, anda juga harus fokus kepada rehat yang mencukupi. Apabila kurang rehat, ia akan cenderungkan diri anda untuk makan dan berputus asa. Tidur yang kualiti selama 7 hingga 9 jam adalah penting untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan.
Selamat mencuba!
Sumber: Hijabista, helloDOKTOR.