berita

Nak Elak Pergi Gim Semasa PKPB? Cuba Lakukan Meditasi Berjalan, Banyak Manfaatnya!

November 17th, 2020 | by AnisAffandi
Kesihatan & Hidup Aktif

Foto: Medical News Today

Meditasi berjalan berasal daripada agama Buddha dan boleh digunakan sebagai kaedah latihan kesedaran. Meditasi dapat menawarkan banyak manfaat iaitu anda akan berasa lebih stabil, seimbang dan tenang. Selain itu, meditasi berjalan juga dapat membantu anda sedar untuk membezakan persekitaran, badan dan pemikiran.

Selalunya, semasa melakukan meditasi ini, anda akan berjalan secara bulatan atau ulang-alik kepada tempat yang sama. Meditasi ini juga boleh dilakukan dengan berjalan kaki pada jarak yang lebih jauh. Walaupun aktiviti di gimnasium dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan patuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, anda boleh menggunakan alternatif lain untuk anda bersenam, iaitu dengan mencuba meditasi berjalan ini.

Melancarkan aliran darah dan bantu sistem penghadaman

Foto: Very Well Health

Meditasi berjalan selalunya dilakukan oleh individu yang selalu duduk dalam tempoh masa yang lama. Amalan itu dapat membantu melancarkan aliran darah terutamanya pada bahagian kaki selepas duduk dengan lama. Ia juga dapat mengurangkan kelesuan atau keletihan badan. 

Lebih-lebih lagi berjalan selepas makan, ia dapat membantu meningkatkan sistem penghadaman. Ia juga dapat mencegah masalah sembelit selepas melakukan aktiviti meditasi berjalan ini.

Mengurangkan kegelisahan dan kemurungan

Foto: Healthline

Meditasi berjalan dapat membantu anda jika anda sering berdepan tekanan dan mencari cara sesuai untuk mengurangkannya. Menurut kajian, manfaat meditasi berjalan yang digabungkan dengan meditasi lain dapat kurangkan kegelisahan. 

Ia juga dapat mengurangkan kemurungan kerana melakukan senaman secara berkala dapat mengekalkan tahap kecergasan dan tingkatkan mood anda. Kecergasan merupakan antara aspek berisiko untuk menurun apabila usia anda meningkat. Disebabkan itu, amat penting untuk kekalkan diri aktif dengan usia yang semangkin meningkat. Ia juga dapat membantu tekanan darah dan kecergasan anda menjadi lebih baik.

Senaman jadi lebih menyeronokkan

Foto: Healthline

Dalam senaman yang menyeronokkan, ketenangan dan kesedaran merupakan aspek utama dalam rutin kecergasan. Dengan melakukan senaman berjalan kaki selama 10 minit sambil mendengar lagu yang menenangkan, sudah pasti dapat menjadikan senaman itu lebih seronok. Minda anda akan menjadi lebih tenang dan lebih berminat untuk bersenam dan kekal sihat. 

Meditasi berjalan juga dapat meningkatkan tahap kreativiti dengan menjadikan pemikiran dan minda anda tenang. Apabila minda anda menjadi tenang, ia boleh meransang kreativiti anda. Ia dapat memberikan idea baharu dan menyelesaikan masalah secara kreatif.

Meningkatkan kualiti tidur

Foto: Healthline

Tak perlu senaman yang susah, senaman seperti meditasi berjalan juga cukup untuk meningkatkan kualiti tidur. Berjalan kaki dapat meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan ketegangan otot yang membuatkan anda merasa lebih baik secara fizikal. 

Selain itu, berjalan pada waktu pagi juga dapat mengurangkan stres dan keresahan. Dengan berjalan pada waktu pagi, anda dapat menjadi lebih sihat kerana udara pada waktu pagi lebih menyegarkan.

Membantu keseimbangan badan

Foto: Healthline

Menurut kajian, manfaat meditasi berjalan kepada wanita yang berusia dapat menggalakkan keseimbangan dan koordinasi pergelangan kaki lebih baik. Meditasi berjalan menggunakan pergerakan pada kaki semasa berjalan perlahan, dengan itu ia dapat membantu keseimbangan badan anda.

Meditasi berjalan merupakan salah satu cara yang mudah untuk kekal sihat, walaupun untuk jangka masa yang pendek, anda akan menyukainya kerana manfaatnya yang bagus untuk kesihatan fizikal dan mental.

Sumber: Healthline

SKIP THIS AD ×