berita

‘Nak Jadi Kluster Broga Ke?’ – Netizen Terkejut Lihat Bukit Broga ‘Jammed’

June 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Bukit Broga di Semenyih antara destinasi yang digemari ramai untuk mereka melakukan aktiviti riadah. Sepanjang PKP dilaksanakan, semua pusat sukan dan taman rekreasi ditutup termasuklah Bukit Broga.

Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini Bukit Broga baru sahaja dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh pengunjung.

Ramainya…

Terdapat beberapa foto dikongsi pengguna Facebook yang memuatnaik ke group Hiking And Recreation Around Malaysia. Foto tersebut menyaksikan situasi sesak pengunjung ke Bukit Broga pada hari kedua dibuka iaitu 21 Jun 2020. Difahamkan pengunjung mula membanjiri Bukit Broga bermula jam 7.00 pagi sejak 20 Jun 2020 lagi.

Namun bagaimanapun, netizen mula meninggalkan pendapat mereka di ruang komen group Facebook berkenaan. Mereka menyarankan agar pihak berkuasa termasuk polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan siasatan berhubungan situasi yang viral itu.

Kalau dah macam ni, elok balik je

Malah, segelintir menyifatkan kesesakan pengunjung di kawasan itu berpotensi menyebabkan berlakunya penularan Covid-19. Sebaiknya, orang ramai tidak digalakkan untuk ke Bukit Broga bagi memutuskan rantaian jangkitan tersebut.

Sumber: Hiking And Rexreation Around Malaysia

SKIP THIS AD ×