berita

[VIDEO] ‘Dengar Muzik Haram, Saya Pasang Zikir Saja’ – Suami Fatin Afeefa

February 20th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sering mencuri tumpuan warganet sejak mendirikan rumah tangga dengan aktres itu.

Artikel Berkaitan: Bertuahnya.. Fatin Afeefa Dapat Nafkah Dari Suami, Cecah Lima Angka?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tak Senang Tengok Fatin Afeefa Keluar Isi Minyak, Suami Duduk Dalam Kereta – ’10 Tahun Kahwin Tak Pernah Buat’

Dengar zikir

@babes_faa ?? #suamiistribahagia #suamifatinafeefa #fatinafeffa #artismalaysia #artismalaysia #suamifatinafeefa ? original sound – vii_dio

Terbaru, Aliff atau lebih mesra disapa sebagai Opai mendedahkan dia tidak gemar hadir ke tempat ‘lagho’ atau hiburan.

Opai dilihat menjawab pertanyaan pengikut TikTok yang ingin tahu sama ada dia akan ‘turun’ ke konsert band popular Indonesia, ST12 pada 11 Mac ini.

Saya tak suka pergi konsert, dengar muzik ini haram. Saya pasang zikir saja, muzik itu haram.

Terpaling halal

Jawapan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang hairan kerana baru-baru ini Opai dan Fatin hadir ke konsert penyanyi dan komposer popular dari India, AR Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, netizen juga memetik pekerjaan Opai sebagai pelaburan saham online yang hukumnya adalah haram dalam Islam.

Sekadar info, Opai yang merupakan seorang jutawan muda berkahwin dengan pelakon filem Tentang Bulan di sebuah majlis mewah di Subang Jaya, Selangor, pada 30 Disember lalu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×