Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa terkejut apabila ada netizen yang sanggup mengirimkan mesej berbaur ugutan bunuh kepadanya di media sosial.
Artikel berkaitan: 7 Hari Mencintaiku: Peminat Rindu Pak Samad ‘Original’, Bergegar Kamera Bila Marah!
Menurut Jasmin, individu tersebut dipercayai terlalu mengikut emosi apabila tidak senang dengan watak yang dibawakannya dalam drama 7 Hari Mencintaiku.
Tak kesian pun!
SubhanAllah. Kalau marahkan Hayati sekalipun, kononnya lakonan saya menjadi, tak perlulah kecam bunuh dekat gambar yang tak berkenaan dengan drama #7HariMencintaiku2. Posting bisnes orang tu. Ini sudah salah. Boleh di ambil tindakan undang-undang sebagai ugutan! Tak perlulah emo sangat, sampai terlupa jaga LISAN dan AKHLAK. Itukan semua LAKONAN. Nanti kalau pelakon tak hayati watak, panggil pelakon kayu pula.
Jadilah penonton yang bijak. Yang pandai bezakan lakonan dan realiti. Bila dah berhijab tu, pastinya akhlak dan lisan juga akan baik. So janganlah rosakkan imej mereka yang berhijab, please! Yang hebatnya, pemilik akaun tersebut bukan followers saya pun. Followers saya juga yang hebat. Berakhlak dan positif. Masyarakat patut ambil pengajaran dengan watak Hayati ni. Pastinya ramai yang berhati hitam macam Hayati.
Di Instagram, Jasmin berkongsi paparan mesej berbentuk ugutan bunuh yang diterimanya. Menurutnya, individu tersebut tidak tahu membezakan antara watak dalam lakonan dan dunia sebenar. Lebih menyedihkan, individu tersebut meninggalkan kecaman di posting yang tiada kaitan dengan drama tersebut.
Boleh dikira ugutan
Syukur alhamdulillah. Kan dah free-free je saya dapat pahala. Actually saya berlakon tak bagus manapun, bantuan orang keliling yang buatkan watak saya nampak macam bagus. Ni baru Episod 10, belum lagi sampai episod 33. So uols hati-hati bila nak kecam ya. Kecam watak, bukan pelakonnya. Tak pasal je uols dapat dosa sedangkan pelakonnya dapat gaji. Takut kalau salah komen, sampai keluar statement bunuh dan berbaur ancaman pada foto yang tak ada kaitan dengan drama, boleh di bawa ke pihak berkuasa kerana ia boleh di kira UGUTAN! So hati-hati. Hebat bukan?
Jelasnya lagi, ancaman berbentuk ugutan itu boleh dibawa ke pihak berkuasa. Oleh itu, dia meminta masyarakat berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan satu kenyataan, komen mahupun ugutan.
Sumber: Jasmin Hamid