Foto: GoodHousekeeping
Penjagaan kulit muka adalah perkara yang penting bukan sahaja bagi wanita, tetapi para lelaki untuk kekal kelihatan cantik dan segak.
Tetapi menjaga kulit muka bukanlah mudah lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan rutin penjagaan kulit muka dengan salah dan mungkin ketiadaan masa untuk menjaga kulit muka. Berikut adalah petua ringkas dan berkesan untuk menjadikan kulit muka anda kekal sihat.
Kurangkan pencuci muka
Foto: Allure
Ramai menganggap pencuci muka perlu dipakai dengan kerap tetapi sebenarnya pencuci muka hanya digalakkan untuk dipakai 2 kali sehari. Ia mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak.
Dinasihatkan mencuci muka anda dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Mencuci muka anda terlalu kerap boleh membuatkan kulit anda terlalu kering dan boleh menghasilkan lebih banyak minyak. Sekiranya anda mendapati kulit anda mempunyai minyak berlebihan di antara kedua-dua waktu cucian muka, gunakan kertas menyerap minyak untuk mengelakkannya.
Amalkan teh hijau
Foto: Healthline
Kebanyakan orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari kerana ia teh hijau mempunyai antioksidan yang bagus dan dapat membantu kulit bebas dari jerawat. Manfaat teh hijau bagi kecantikan adalah untuk melambatkan proses penuaan, mencegah kedutan, mencegah kanser, melindungi kulit dari sinar matahari dan juga mengatasi jerawat.
Anda juga boleh menggunakan teh hijau sebagai scrub muka untuk melembutkan dan menghaluskan wajah. Caranya adalah bancuhkan secawan teh hijau tetapi gunakan sedikit sahaja air, koyakkan uncang teh hijau dan keluarkan isinya yang sudah lembap, lalu campurkan teh hijau itu dengan 1 sudu gula pasir dan 1 sudu madu. Campurkan semua bahan sehingga sebati sebelum gunakan sebagai scrub.
Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, sebaik-baiknya untuk mengelakkan cara ini.
Buah timun sebagai pencuci muka
Foto: SehatQ
Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan daripada timun dapat membantu menegangkan kulit muka anda. Untuk mendapatkan air pati timun, kisarkan buah timun dan masukkan sedikit air. Cuci kulit muka anda seperti pencuci muka dua kali sehari, digalakkan pada waktu pagi dan malam. Kulit anda akan menjadi lebih segar dan sejuk.
Lemon untuk kurangkan parut
Foto: The Indian Express
Buah lemon mempunyai khasiat tersendiri untuk kekalkan kecantikan wajah. Enzim di dalam jus lemon dapat membantu untuk membuang sel-sel mati pada kulit secara tak langsung dapat melicinkan kulit muka. Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur, gaul sehingga sebati dan sapukan di muka seperti masker.
Amalkan petua petua ini barulah kulit anda boleh bersinar dan lembut.
Sengkuang untuk melembapkan kulit muka
Foto: Medical News Today
Masalah kulit muka kering boleh diatasi dengan sengkuang. Selain mencerahkan dan menghilangkan bintik hitam pada muka, ia juga dapat menegangkan kulit agar kelihatan sihat.
Caranya adalah kupas buah sengkuang yang bersaiz kecil, kemudian parutkan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihakn dengan air. Dinasihatkan supaya amalkan petua ini dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih lembut.
Sumber: Mingguan Wanita, Ematunz.