berita

Nak Memasak Sehebat Chef Wan? Jom Sertai Bengkel Memasak Percuma The Wan & Only!

August 8th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Kalau sebut je nama Datuk Chef Wan, mesti korang akan terbayang keletahnya memasak di pelbagai rancangan masakan sambil berceloteh tak henti-henti. Tak kering gusi dibuatnya! Bermula dari seorang chef, kini, Chef Wan sudah dikenali di peringkat antarabangsa setanding dengan nama-nama besar seperti Jamie Oliver, Gordon Ramsay dan Martha Stewart. Hebat!

Walaupun kehebatannya diiktiraf di seluruh dunia, tapi beliau tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmunya dalam bidang masakan. Yang lebih mengujakan, kini, korang boleh sertai kelas masakan yang akan diajar oleh Chef Wan sendiri. Menariknya! Berminat nak join? Jom kami kongsikan bagaimana!

Sertai kelas kulineri The Wan & Only bersama Chef Wan di Gamuda Gardens!

Kalau selama ni asyik tonton di kaca televisyen, inilah masanya untuk korang berjumpa Chef Wan secara dekat dan mempelajari pelbagai ilmu kulineri, resipi dan tips memasak di bengkel memasak The Wan & Only ni. Mana lah tahu, lepas ni masakan korang setaraf dengan hotel lima bintang!

Jom daftar sekarang di sini!

Selain bengkel memasak, terdapat juga bengkel Little Chef, dimana anak-anak korang boleh mempelajari cara-cara membuat biskut mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, buat korang yang gemar membuat biskut, apa kata ajak kawan-kawan dan keluarga untuk menyertai Bengkel Menghias Biskut. Haa..nanti bolehlah masing-masing tunjukkan bakat terpendam menghias biskut dan lihat biskut siapa yang paling cantik!

Nah kami kongsikan butiran dan jadual penuh di bawah:

Tarikh: 15 Ogos 2020
Masa: 12 tengah hari – 6 petang
Tempat: Gamuda Gardens Experience Gallery

12 tengah hari: Sesi pendaftaran. Aktiviti dimulakan.
– Bengkel Menghias Biskut (150 orang)
– Bengkel Little Chef (1 jam)
– Food truck
– Buih gergasi

2 petang
– Demonstrasi masakan dan temu ramah oleh Chef Wan (boleh ditonton melalui Facebook Live di Facebook Gamuda Land)
– Bengkel Little Chef (1 jam)

4 petang
– Demonstrasi masakan oleh Chef Wan
– Bengkel Little Chef (1 jam)

6 petang: Acara tamat

Kalau tak berpeluang ke sini, korang juga boleh mengikuti bengkel memasak Chef Wan melalui Facebook Live di halaman Facebook Gamuda Land pada pukul 2 petang pada hari yang sama tau.

Alang-alang dah sampai ke Gamuda Gardens, apa kata korang intai-intai ruang pameran unit JOYA sekali!

Image from Gamuda Gardens

Buat yang sedang tercari-cari rumah idaman, unit JOYA memang pilihan yang tepat dan sempurna buat korang seisi keluarga! Kediaman 2 tingkat super-linked ini direka dengan susun atur dalaman yang luas dan praktikal serta mempunyai bahagian luar rumah yang lapang, sesuai dengan kehendak keluarga moden masa kini.

Terletak di Gamuda Gardens, JOYA juga merupakan kawasan kediaman berkepadatan rendah dan berpagar, sekaligus menjanjikan persekitaran yang tenang dan lebih selamat untuk diduduki seisi keluarga. Korang juga boleh menikmati kemudahan Taman Permainan Kanak-Kanak dan Taman Keluarga tanpa rasa bimbang.

Tak hairanlah kalau JOYA dinobatkan sebagai penerima anugerah The Best Landed Property by StarPropety Award 2020.

Miliki unit kediaman JOYA sekarang dan nikmati promosi Keep Cash Get Rewards!

Yang lebih menarik, kini korang boleh miliki rumah impian korang di Gamuda Gardens dan nikmati ansuran sehingga 8 bulan dari mereka!* Korang juga berpeluang untuk mendapatkan duti setem percuma dan MOT. Wow!

Nak tahu lebih lanjut, klik sini. 

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Tertakluk kepada Warta Kerajaan HOC 2020 dan Dasar Pinjaman Bank.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, guys!

SKIP THIS AD ×