berita

Nak Menang Hadiah? Jom Layan Kuiz Filem “Step Up Revolution”!

July 16th, 2012 | by M
Filem Antarabangsa

Jika anda seorang yang meminati bidang tarian, pastinya filem terbaru bertajuk “Step Up Revolution” bakal menjadi pilihan anda untuk ditonton selepas ini.

Sebelum ini kita pernah dihiburkan dengan filem Step Up 1, 2 dan juga 3D. Kali ini, filem Step Up kembali dengan lebih bertenaga dan mempersembahkan tentang konflik kehidupan penari jalanan yang terpaksa berjuang untuk menuntut kebebasan ditempat sendiri.

Ianya mengisahkan tentang Emily yang datang ke Miami untuk menjadi penari profesional. Disana, dia bertemu dengan Sean dan jatuh cinta bersamanya. Namun begitu, Sean yang juga seorang penari dari kumpulan “The Mobs” mempunyai konfliknya sendiri apabila seorang ahli perniagaan mahu menghapuskan tempat Sean membesar dan menggantikan dengan pembangunan yang baru.

Disebabkan perkara ini, Sean dan Emily terpaksa mengambil risiko demi menyelamatkan tempat Sean membesar dan mengorbankan cita-cita sebagai penari profesional.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Ogos ini, dan OHBULAN! telah menyediakan satu peraduan untuk para pembaca OHBULAN!.

Antara hadiah yang disediakan oleh OHBULAN! untuk anda ialah “Limited Edition Tank Top bernilai RM350 X 3”, “Limited Edition Sleeveless Shirt bernilai RM350 X 5”, dan “Limited Edition Water Bottle bernilai RM250 X 5”.

Menarik bukan, jadi apa tunggu lagi? Ikut sahaja arahan yang diberikan dan menangi hadiah-hadiah yang lumayan!

Create your free online surveys with SurveyMonkey, the world’s leading questionnaire tool.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×